Pages

Wednesday, January 4, 2012

Campak Selipar Lama ke Balai Polis?

KANAK-KANAK menyerahkan selipar lama kepada petugas Pejabat Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak di Jakarta, bagi membantah penahanan remaja dituduh mencuri selipar.

Salam...

"Kerana tak puas hati dengan tindakan polis,ribuan pasang selipar di campak ke balai polis"
Itulah yang berlaku di Jakarta,Indonesia di mana penduduk di sana bertindak mencampakkan selipar2 lama ke balai polis di seluruh negara bagi memprotes tindakan pihak polis yang dianggap tidak adil.

Seorang remaja miskin yang didakwa mencuri sepasang selipar yang hanya berharga $3(RM9.5) kepunyaan anggota polis itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah setelah teruk dipukul semasa siasatan.

Kesalahan yang ringan yang diberi hukuman yang sama seperti kesalahan jenayah yang berat seperti mengedar dadah dan  merogol itu jelas menimbulkan rasa marah rakyat Indonesia.

Sebanyak 1,000 selipar dikumpul sebagai 'pampasan' kepada Sarjan Ahmad Rusdi Haranap yang didakwa seliparnya dicuri remaja itu dan akan dihantar ke ibu pejabat polis kebangsaan.Walaubagaimanapun, remaja malang tersebut akan dihadapkan ke mahkamah untuk sesi memberi keterangan kali kedua.

Kes 'selipar' ini hangat diperkatakan di laman sosial Facebook dan Twitter.

P/S:Inilah sikap keprihatinan rakyat yang patut kita contohi di negara Malaysia.

3 comments:

  1. polis macam tu gila kuasa nak je aku kasi tapak selipar bertahi ayam ke muka beliau.. ceyt! poorah.. rm9.5 makan kenny rogers boley, nikan harga sepicis itu.. itu la bila perkara kecil semua nak diperbesar-besarkan..

    ReplyDelete
  2. ape ke pye bongok polis tu....rm9.50 je pon...

    ReplyDelete
  3. haha tu laa...pasal selipar murah pon sampai camni...kan dah malu polis tu..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...