Pages

Saturday, January 7, 2012

25 Filem Malaysia Di Pawagam 2012


Salam...

Industri Filem Malaysia kini semakin mendapat sambutan.Hasil karya pengarah filem Malaysia juga semakin berkualiti sekarang ni.Dengan sokongan penonton,industri ini mungkin dapat melonjak ke tahap yang lebih baik.

Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya tidak menyokong aktiviti 'cetak rompak' yang akan melumpuhkan industri filem kita.Di sini saya ingin kongsikan 25 filem buatan Malaysia yang bakal ditayangkan di pawagam dalam tahun 2012 ini.


1.Bujang Terlajak
Tarikh tayangan-19 Januari 2012
Pengarah-Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Genre-Komedi
Sinopsis:
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

2.Keramat
t
Tarikh tayangan-12 Januari 2012
Pengarah-Azhari Mohd Zain
Genre-Ngeri
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

3.Sumpahan Kum-Kum
Tarikh tayangan-26 Januari 2012
Pengarah-Ismail bob Hashim
Genre-Ngeri
Trailer(Klik SIni)
Sinopsis:
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

4.Azura
Tarikh tayangan-2 Februari 2012
Pengarah-Aziz M. Osman
Genre-Cinta,Drama
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu, dia mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai dugaan. Untuk mengetahui kesudahannya, saksilah di pawagam..

5.Hantu Dalam Botol Kicap
Tarikh tayangan-9 Februari 2012
Pengarah-Azhari Mohd Zain
Genre-Komedi,Ngeri
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

6.Chantek
Tarikh Tayangan-16 Februari 2012
Pengarah-Pierre Andre
Genre-Cinta
Trailer(Klik Sini)

Sinopsis:
Mengisahkan tentang AD,seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terempak tunangnya berlaku curang. Tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah peranginan dengan dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerena kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua. CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya.

Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akbirnya AD terjumpa CHANTEK dan setelah dirayu dan dipujuk barulah CHANTEK menerima semula AD dan cinta berputik kembali.


7.Fist Of Dragon
Tarikh tayangan-23 Februari 2012
Pengarah-Michael Chuah
Genre-Komedi,Aksi
Trailer(Klik Sini)

Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan seorang peniaga kedai kopi, Pak cik Chen yang sering diganggu oleh samseng samseng sekitar. Pak Cik Chen yang sudah banyak dikeliling hutang meminta bantuan abangnya yang berada di kampung. Abangnya pula menghantar anaknya Jie, untuk membantu Pak Cik Chen, tetapi kemunculan Jie sebaliknya menambah beban pada Pak Cik Chen apabila Jie menimbulkan pelbagai masalah pada diri Pak Cik Chen.

8.Cinta Kura-Kura
Tarikh Tayangan-1 Mac 2012
Pengarah-Nizam Zakaria
Genre-Komedi,Romantik
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

9.Bunohan
Tarikh tayangan-8 Mac 2012
Pengarah-Dain Iskandar Zaid
Genre-Aksi,Drama
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

10. 7 Petala Cinta
Tarikh tayangan-15 Mac 2012
Pengarah-Azhari Mohd Zain
Genre-Cinta
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA. 

11.CCTV
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-M. Subash Abdullah
Genre-Misteri,Ngeri

Sinopsis:
Mengisahkan sebuah bangunan yang ingin disewa oleh sekumpulan Syarikat di Kuala Lumpur. Keadaan bangunan yang tidak diurus itu apabila mula dibersihkan, kejadian aneh mula berlaku dan aktiviti tersebut dirakam oleh CCTV yang terdapat di dalam bangunan tersebut.

Siapa yang merakam dan kenapa dirakam? Menjadi misteri. Walaubagaimanapun, ada pihak yang memberitahu, bangunan tersebut pernah dimiliki oleh seorang ahli kumpulan sesat yang biasa memuja benda yang bukan-bukan.
12.Hanyut
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-U-Wei
Genre-Sejarah
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, intrik politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta putrinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan

13.Misteri Dendam Balan Balan The Movie
Tarikh Tayangan-2012
Pengarah-Amith Abidin AW
Genre-Ngeri
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan seorang penulis cerita mistik (Jalal Maran) dan sekumpulan pelajar (Diana, Danial, Ramona) telah datang ke Sabah untuk mengkaji mengenai cerita Misteri Balan-balan.

Mereka bergabung menjadi sekumpulan untuk merungkai persoalan-persoalan mengenai Makhluk misteri tanpa kepala itu. Mereka telah sampai ke sebuah kampung yang mengalami satu demi satu kematian yang cukup misteri dan menjadi tanda tanya. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba mengejar makhluk balan-balan dan mengambil jasadnya namun semuanya sia-sia. Lebih dasyat lagi apabila makhluk tersebut membalas dendam dan Diana menjadi mangsa. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba berusaha mencari dan memulihkan jasad tubuh yang sudah ditinggalkan oleh kepala Diana dengan bantuan tok gurunya dalam masa yang paling pantas iaitu tiga hari tiga malam.

Terlalu banyak isu yang timbul sehingga keadaan menjadi lebih tegang. Mungkinkah mereka berjaya memulihkan dan merungkai cerita Misteri Dendam Balan-Balan tersebut?


14.Man Sewel Datang KL
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Rahman Adam
Genre-Komedi
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Osman yang datang ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.Namun begitu pelbagai rintangan yang ditempuhinya sehingga akhirnya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman semula.Antara barisan artis yang membintangi filem ini ialah Shuib Sepah, Siti Sarah Raisuddin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo dan Fida Ibrahim

15.Husin,Mon Dan Jin Pakai Toncit
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Mamad Khalid
Genre-Komedi,Seram
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit adalah sebuah filem terbaru arahan Mamat Khalid yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun 2012. Daripada sumber, filem ini adalah kesinambungan daripada filem Zombie Kg. Pisang kerana watak Mon yang dipegang Ezlynn muncul kembali.

Antara barisan pelakon lain yang bakal membintangi filem ini ialah Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak, Azwan, Pak Jabit dan Usop Wilcha. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini dijangka box office.

16.Seram Sejuk
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Azhari Mohd Zain
Genre-Komedi,Seram
Sinopsis:
Seram Sejuk mengisahkan seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput….!!. Dalam masa yang sama juga seorang editor saiful yang berusia dalam akhir 20an, yang menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut. Kisah-kisah ganjil bermula apabila disatu ketika Saiful telah menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Ros telah menolak pemberian Saiful yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau. Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Ros mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja dipejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut.

17.Mantera
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Mohammad Aliyar
Genre-Sains,Aksi
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Moscow, Russia
Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut

Kuala Lumpur, Malaysia
Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

18.Kantoi
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Matt London
Genre-Komedi
Sinopsis:
Yasin merupakan pelajar Sains Kimia di USM Pulau Pinang berasal dari Perlis, bertunang dengan Lydia juga rakan sekolejnya. Mereka merancang untuk berkahwin. Cerita bermula apabila Yasin hendak ke Kuala Lumpur bagi memberitahu Lydia yang sedang bercuti tentang dia telah mendapat tawaran kerja di Sarawak. Yasin ingin menyatakan hasrat untuk mengahwini Lydia sebelum berangkat ke Sarawak. Sesampainya Yasin di Puduraya, dia menyedari dompetnya telah hilang apabila hendak membayar makanan. Wak Wagiman yang kebetulan berada di Puduraya telah memberitahu Yasin yang dia tahu dan kenal siapa yang telah mencuri dompetnya. Wak Wagiman telah membawa Yasin ke sebuah “Rumah Kongsi” di mana Salman tinggal. Salman tidak mengaku telah mencuri dompet Yasin dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Sewaktu pertengkaran berlaku,pihak Imegresen telah melakukan serbuan. Wak Wagiman dan Salman dibebaskan kerana mereka pendatang sah dan Yasin….. ditahan kerana dituduh sebagai PATI kerana gagal menunjukkan dokumen sah.

19.Johnny Bikin Filem
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Dr. Anuar Nor Arai
Genre-Drama
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero. Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny.

Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret. Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini 

Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.

20.Gentayangan
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Zulkeflie M. Osman
Genre-Ngeri
Sinopsis:
Gentayangan akan membawa penontonnya ke dalam kancah pertembungan ilmu putih dan hitam antara Tuk Burhan dan Alang Jali. Di satu sisi yang lain, tentang hitamputih perjalanan kehidupan RISHAM yang mencari kebenaran tentang dirinya dan sekaligus jawapan mengapa ibunya di penjara hingga ajal menjemputnya ketika dia lahirkan di situ.

Kepulangan RISHAM ke kampung bersama tiga orang temannya (Kaher, Rahila & Sabrina) telah menghidupkan kembali semangat ilmu hitam Alang Jali dan membangunkan kembali sesuatu yang sudah sekian lama tidur. Alang Jali menuntut dendam 25 tahun yang lalu pada TUK BURHAN dengan nekad untuk menghapuskan orang yang selama ini menjadi batu penghalang pada penyempurnaan ilmunya.

Tuk Burhan berhasrat menghentikan semua permainan syaitan itu. Satu persatu keilmuan Tuk Burhan diuji. Risham dan Tuk Burhan bergandingan demi memasung langkah Alang Jali tetapi mahar pengorbanan mereka tidak terduga. Rupanya segala yang berlaku ada tangan ghaib / dalang di sebaliknya dan tidak pernah terfikir akan kewujudannya! Apakah maharnya???


21.Berani Punya Budak
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Afdlin Shauki
Genre-Aksi,Komedi
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.

Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.

Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

22.Shh...Dia Datang
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Saiful Apek
Genre-Komedi
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.

Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem. Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung


23.Eee...Hantu!!!
Tarikh Tayangan-2012
Pengarah-Majed Salleh
Genre-Misteri,Komedi
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Lima orang sahabat telah merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.

Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganju]il dilalui sepanjang perjalanan mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bermalam di chalet itu.

24.Syirik
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-M.Subash Abdullah
Genre-Seram
Trailer(Klik Sini)
Sinopsis:
Mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini. Wujud di kampung tersebut seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini supaya balik ke jalan yang diredhai oleh Allah. Malangnya nasihat si nenek ini tidak diterima oleh golongan ini.
Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian pelik berlaku di kampung tersebut di mana isteri seorang bomoh yang sarat mengandung telah dibunuh dan bayinya hilang. Susulan dari kejadian ini, insiden-insiden pelik sering berlaku di kampung tersebut. Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali sebagai Pontianak untuk membalas dendam.

25.Dimensi Cinta
Tarikh tayangan-2012
Pengarah-Eddie Pak
Genre-Cinta
Sinopsis:
Selepas penceraian Raja Soffhilea (Raja Soffhie) dengan Redhuan, Raja Soffhie merasakan dirinya bebas dari penjara yang diciptakan Redhuan terhadap diri dan anak-anaknya yang begitu menyeksa batin sehingga meninggalkan kesan fobia dalam menjalani kehidupan harianya. Kesan itu turut dirasai oleh ke empat-empat anaknya yang seakan melalui mimpi ngeri dalam hidup mereka. Penceraian itu membuatkan Raja Soffhie menjadi seorang yang lebih kuat dalam membentuk empayar perniagaannya.

Imran (Im) seorang budak kampung, anak penoreh getah tidak menghalang dirinya untuk maju sebagai seorang usahawan stesyen minyak yang berjaya. Dan kejayaan itu membuatkan Im merasa lebih yakin untuk mengembangkan perniagaannya hingga ke Kuala Lumpur. Perkenalannya dengan Raja Soffhie, yang juga merupakan rakan kongsinya mengangkatkan lagi martabat Im sebagai usahawan berjaya sebaris dengan usahawan lain.


Apa yang kita boleh lihat,kebanyakan filem Malaysia tahun ini bergenre seram,komedi, dan juga cinta.Rakyat Malaysia nampaknya lebih gemar menonton filem yang berunsur komedi dan seram.Walaubagaimanapun,mari kita sokong industri filem tempatan kita dengan menonton filem2 ini di pawagam nanti.


P/S:Antara filem2 ni,yang mana korang tak sabar nak tengok?hehe...

4 comments:

  1. kum kum macam menarik :)

    ReplyDelete
  2. yup...:)
    nanti kita tgk la same2..baru tau best ke tak..hehe..

    ReplyDelete
  3. kl gengster 2 x der ker???

    ReplyDelete
  4. kl gangster 2 blom konfem lagi ditayangkan tahun 2012....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...