Pages

Saturday, December 31, 2011

9 Fakta Tentang Nuffnang Tahun 2011



Salam...


Blogger2 semua mesti kenal sangat dengan Encik Nuffnang ni.Nuffnang ni ialah syarikat pengiklanan internet.Korang semua mesti ada letak iklan kat blog korang kan?hehe..


Nak kenal Nuffnang dengan lebih rapat lagi?Jom kita tengok 9 fakta menarik tentang Nuffnang untuk Tahun 2011...

Selamat Tahun Baru 2012


Salam...

Tahun 2011 dah pun menutup tirainya.Kini giliran tahun 2012 pula membuka pintu gerbangnya.Dengan itu,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca2,followers dan sesiapa saja dalam dunia ni.Semoga kita semua dapat memenuhi azam kita tahun 2012 ini dan menerapkan segala sifat2 yang positif dalam diri kita.

Terima kasih kepada semua followers2 dan pembaca2 setia blog yang tidak seberapa ni.Saya amat hargai segala komen2 dan respon daripada anda semua.Niat saya buat blog ini hanyalah untuk berkongsi maklumat2 berguna dan juga boleh berinteraksi dengan kawan2 baru.Saya harap dapat teruskan update blog ini walaupun isinya tidaklah sehebat blog2 yang lain.

Dengan tutupnya tirai tahun 2011,saya nak kongsikan 10 karya Lego yang berkaitan dengan peristiwa2 penting yang berlaku di dunia sepanjang tahun 2011 ini.

Kasut Sekolah Angry Bird?

Salam...


Angry Bird memang semakin popular sekarang ni.Tak kira di kalangan kanak2 dan juga dewasa.Game Angry Bird yang pada mulanya dikeluarkan untuk Apple IOS seperti iPhone,iPod kini juga didapati dalam Android dan PC.


Populariti game ni sangat meluas sehinggakan banyak produk2 yang dihasilkan berdasarkan karakter2 di dalam game ni.Antara produknya seperti patung,t-shirt,keychain,housing telefon dan banyak lagi.Kalau sebut semua esok baru habis kot..hehe..


Dan yang terbaru,saya terjumpa kasut sekolah Angry Bird!Memang susah nak percaya kasut sekolah Angry Bird pun ada.Terus keluarkan handphone dan ambik gambar...hehe..mahal jugak kasut ni..



Friday, December 30, 2011

MyKad Baru Malaysia mulai 2012

Salam...

Mulai Januari tahun depan (2012), MyKad baru akan digunakan untuk mengganti Mykad yang sedia ada.Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah meningkatkan tahap kualiti MyKad ini serta meningkatkan ciri2 keselamatannya.Ini dapat membanteras kegiatan pemalsuan MyKad.


Thursday, December 29, 2011

Apa Boleh Dibuat Dengan Disket?

Salam...


Dengan arus teknologi yang semakin deras zaman sekarang ni,pelbagai gadjet2 yang dicipta untuk memudahkan kehidupan kita.Sudah tentu barangan2 lama tak lagi digunakan.


Kewujudan pendrive/thumbdrive yang lebih mudah digunakan menyebabkan disket  dipinggirkan..hehe..


Disket tidak lagi digunakan pada komputer sekarang.Kalau korang ada lagi disket2 lama tu boleh la dikitar semula untuk jadi benda2 yang kreatif macam kat bawah ni...


diskettes

Wednesday, December 28, 2011

Tangga 'Roller Coaster' yang Cool

Salam...


Di sebuah puncak bukit di Duisburg,Germany terdapat sebuah laluan bertangga yang kelihatan seperti 'roller coaster'.Ia dibina oleh arkitek Jerman, Heike Mutter and Ulrich Genth.Binaan yang setinggi 21 meter ini diberi nama 'Tiger and Turtle-Magis Mountain'.


Ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melalui laluan bertangga ini.Orang ramai boleh mencapai puncak yang tertinggi iaitu 45 meter dari tanah.Ia menjadi tarikan orang ramai di situ.



Friday, December 23, 2011

Mitos Dan Fakta Mengenai Coklat


Salam…

Korang suka makan coklat?Mesti ramai yang suka kan?Sebab rasanya yang manis dan kajian juga telah menunjukkan makanan2 manis seperti coklat dapat membuatkan hati kita menjadi gembira dan menghilangkan stress.

Penyelidikan yang telah dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap calorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.Memang sudah terbukti coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini.

Ada yang kata coklat ni membawa banyak keburukan seperti kerosakan gigi dan juga menjadikan kita gemuk.Mari kita lihat sejauh manakah kebenarannya…

Thursday, December 22, 2011

Stadium Olimpik London 2012

Salam...


Disini saya nak kongsikan beberapa gambar stadium utama yang akan digunakan semasa berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2012 di London.Stadium yang hampir siap 100% ini direka oleh Populous.


Stadium ini dapat memuatkan lebih kurang 80,000 orang penonton.Kos bagi pembinaan stadium ini ialah telah menelan kos sebanyak £10 juta(RM32 juta).



2012 London Olympic Stadium by Populous

Gambar Menarik-Bas London Baru yang Cool

Salam...


Kali ni saya nak kongsikan gambar2 bas baru untuk Bandaraya London.Ia direka oleh Heatherwick Studio dengan rekabentuk moden yang sesuai dengan zaman serba moden ini.


Sudah 50 tahun bas2 di London menggunakan design yang lama.Para pengguna pasti akan merasai kelainan pada bas yang baru ini.Ia dijangka digunakan pada awal tahun 2012.


Jadi sesiapa yang nak pegi London tu baik pegi tahun depan...hehe..


A New Bus for London by Heatherwick Studios

Wednesday, December 21, 2011

Today I'm Speechless :)


PUTRAJAYA: Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus. 
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.

Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.

Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.

"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya. --BERNAMA


Tuesday, December 20, 2011

Gambar Menarik-Pusat Beli Belah Kapal

Salam...

Di Hong Kong,terdapat sebuah pusat beli belah yang sangat menarik yang mempunyai rekabentuk seperti sebuah kapal yang besar.Nama pusat beli belah ni ialah Whampoa Mall yang terletak di Whampoa Garden.Kat dalam ni ada pelbagai pusat hiburan,pusat beli belah dan juga pusat rekreasi.


Walaupun rekabentuknya macam sebuah kapal tetapi ia tak boleh dibawa berlayar di laut kerana binaannya yang diperbuat daripada konkrit.Jadi kalau berlaku banjir besar jangan harap la nak selamatkan diri dalam ni..hehe..

 Boats China Hong Kong Ships Building Whampoa

Monday, December 19, 2011

Jom Join Churp Churp Dan Dapat Duit!





Salam...


Excited tak baca tajuk tu?mesti la excited kan kalau bab2 dapat duit ni..hehe..Churp Churp ni ialah 1 laman web yang siarkan iklan2 yang menarik.Kita hanya perlu sharekan iklan2 diorang di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.Senang kan?


Ini contoh iklan2 Churp Churp...


                                



Sunday, December 18, 2011

Serangga Penghias Cermin Kereta yang Kreatif





Salam...


Korang pernah tak pegi pasar raya yang gunakan pengikat kabel plastik(cabled tied) untuk ikat beg plastik?Selalunya Pasaraya Mydin yang guna benda ni....haha..

16 Kebaikan Sujud Dalam Solat



Salam...


Pakar2 sains telah mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu penafasan manusia yang paling baik.Sujud juga dapat mengembalikan kedudukan organ2 dalam badan ke tempat asal.Banyak kebaikan yang diperoleh ketika kita melakukan sujud dalam solat.

Fakta-Duduk Membunuh Anda!



Salam...


Mesti korang rasa pelik bila baca tajuk kat atas tu.Atau mungkin korang tak faham maksud dia.Apa yang saya nak cakap di sini ialah duduk di atas kerusi atau kat mana2 pun boleh membunuh kita!

Saturday, December 17, 2011

18 Bangunan yang Unik di Dunia

Kalau sebelum ni korang dah tengok 10 Bangunan Pencakar Langit Yang Akan Dibina,kali ni saya nak kongsikan 18 bangunan yang unik di serata dunia pulak.Walaupun saya selalu post pasal bangunan tapi cita2 saya bukan arkitek ye..hehe..


Bangunan2 ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik dan menarik.
Jom kita tengok....


1.The Crooked House
Lokasi:Sopot,Poland

LEGOLAND MALAYSIA Akan Dibuka tahun 2012

Friday, December 16, 2011

Evolusi Adobe Photoshop

Salam...

Sebut saja bab edit gambar,mesti software Adobe Photoshop dalam fikiran kita.Tapi kalau zaman dulu2 bila sebut 'Photoshop' mesti diorang ingat kedai gambar kot..hehe..

Dengan adanya software2 mengedit gambar seperti Photoshop ni,gambar2 yang diambil boleh dimodifykan sampai mencapai tahap yang memuaskan hati.Kebanyakan editor2 gambar professional menjadikan Adobe Photoshop sebagai software utama untuk mengedit gambar.

Dalam entri ni saya bukannya nak cerita pasal Adobe Photoshop sangat.Saya cuma nak kongsikan maklumat bergambar yang menunjukkan wajah Adobe Photoshop dari tahun ia wujud(1990) hinggalah sekarang ni(2010/11).

Jom kita tengok Evolusi Adobe Photoshop ni.....


Thursday, December 15, 2011

iPhone 4S Di Pasaran Malaysia Mulai Hari ini(16/12/11)



iPhone adalah antara gadjet yang paling popular zaman sekarang ni.Walaupun CEO Apple,Steve Jobs telah pergi untuk selamanya,Apple terus maju mengeluarkan produk2 yang baru.


iPhone 4S iaitu model iPhone yang terbaru akan berada di pasaran Malaysia mulai hari ini bersamaan 16 Disember 2011.Walaubagaimanapun,ia telah berada di pasaran US dan juga beberapa negara lain seawal 14 Oktober 2011.iPhone 4S tentunya ada banyak peningkatan dari segi kelajuan dan lain2.Anda boleh lihat perbandingan iPhone 4s dengan model sebelumnya,iPhone 4 pada gambar di bawah ni.

Gambar Menarik-10 Bentuk Pulau yang Unik

Salam..
Gambar kat bawah ni adalah pulau2 di serata dunia yang mempunyai bentuk yang unik dan menarik.Gambar2 ni bukan di-photoshop tetapi ia diambil daripada satelit dan lensa kamera biasa.Ini dapat membuktikan kehebatan kuasa Allah S.W.T. yang berupaya mencipta pulau2 dalam apa2 bentuk sekalipun.


Jom kita saksikan pulau2 yang berbentuk unik ni....


1.Berbentuk Dolphin-Kepulauan Flores

Wednesday, December 14, 2011

10 Bangunan Pencakar Langit Yang Akan Dibina

Salam...


Hari ni saya nak kongsikan 10 bangunan yang akan siap dibina tak lama lagi.Semestinya bangunan2 pencakar langit ni mempunyai reka bentuk yang sangat menarik dan juga mesra alam.


Setakat ini,bangunan yang paling tinggi di dunia ialah Burj Dubai dengan ketinggian 829.84 meter(2723 ft).Mungkin bangunan ini akan berdepan dengan pesaing2 yang baru tak lama lagi.

Tuesday, December 13, 2011

Gambar Menarik-Helmet Terlebih Kreatif

Bosan dengan design helmet anda?atau anda selalu tertukar helmet dengan kawan2 anda sebab warna yang sama?atau helmet anda sering dicuri oleh jiran sebelah?



Kini tidak lagi dengan helmet dengan design yang kreatif rekaan Renat Abdrakhamov dari Kazakhstan.Kawan2 anda pasti akan terpegun dengan rekaan helmet yang menarik ini.Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.......

Monday, December 12, 2011

Fakta Menarik Mengenai SMS

Telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai 'handphone'  adalah satu keinginan pada masa dahulu,tetapi ia seperti menjadi keperluan pada masa kini.Hampir semua orang memiliki telefon bimbit dan saya percaya semua yang sedang baca blog ni memiliki telefon bimbit.(walaupun ada yang dah habis kredit..haha..)

Teknologi ini telah banyak mengubah kehidupan kita di dunia ini ke arah kebaikan dan juga keburukan.Penciptaan SMS(sistem pesanan ringkas) dapat memudahkan sistem komunikasi kita.

Jom tengok fakta2 menarik tentang SMS dan masa depan Handphone ni...

Gambar Menarik-Tisu Tandas yang Unik

Kat sini saya kumpulkan gambar2 tisu tandas yang unik.Mungkin kita tak pernah tahu pon akan kewujudannya.Bila kita sebut 'tisu' mesti kita terbayangkan sehelai tisu yang berwarna putih.Tapi tisu2 ni bukan tisu2 yang biasa kita lihat.

Pegi ambik tisu dan lap peluh anda dulu,lepas tu jom kita tengok gambar2 ni.....


1.Tisu Tandas Duit

Money Toilet 

Paper

Gambar Menarik-Akuarium yang Cool

 Fuhh letih...baru habis cuci akuarium tadi.Dah 3 minggu tak cuci.Ikan2 semua nampak happy je lepas masuk akuarium baru...:)
Akuarium saya takde la besar sangat...kecik jee...hehe..


Post kali ni saya nak kongsikan gambar antara akuarium2 yang cool dalam dunia ni.
Korang mesti tak pernah tengok akuarium2 ni jadi jom kita tengok.....


The Labyrinth Aquarium

Sunday, December 11, 2011

Gambar Menarik-Design Sabun Yang Kreatif

Korang dah mandi ke belum?haha..
Hari saya nak kongsikan gambar sabun2 dengan design yang sangat menarik dan kreatif.Biasa kita tengok sabun bentuk macam biasa je kan.Tapi yang ni sabun bentuk 'lain' sikit.


Memang kreatif design sabun2 ni.Ada yang cantik sangat sampai rasa nak makan je.
Jom kita tengok.........


Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10-12-2011

Ini gambar gerhana bulan penuh hasil carian Google.Kat KL tak berapa jelas so tak dapat la saya tangkap gambar.Dari pukul 7 saya tunggu.Setiap 10 minit pegi mendongak ke langit sampai sakit tengkuk ni...haha..

Akhirnya dapat la tengok gerhana bulan walaupun tak berapa jelas sebab awan agak tebal kat tempat saya.Nak jelas tengok gambar kat bawah ni je la ye...hehe..

Friday, December 9, 2011

Gambar Menarik-Rama-Rama 'transparent'

Jom tengok gambar rama-rama transparent ni....

amazing-pictures

Gambar Menarik-Manusia Halimunan

Lui Bolin,37 tahun,berasal dari Shandong,China mempunyai bakat seni yang sangat tinggi.Dia berupaya membuat dirinya seperti halimunan(invisible) dengan hasil seninya yang sangat terperinci.


Dia mengambil masa lebih 10 jam untuk menghasilkan setiap 1 gambar.Hasilnya memang 'superb'.Jom kita tengok gambar2 yang cool ni.....



amazing-facts

Thursday, December 8, 2011

Vending Machine Ketam

Mesin layan diri(vending machine) ni terletak di stesen kereta api bawah tanah Xinjiekou di Nanjing,China.Mesin ini penuh dengan ketam hidup dan tersedia untuk terus dimakan.


Mesin layan diri yang pelik ni mula beroperasi pada 1 Oktober 2011 dan pada mulanya ia mengejutkan semua orang yang melihatnya.Penjualannya agak slow pada mulanya dengan hanya 1 ketam terjual sehari.Tapi,lama-kelamaan penjualannya meningkat kepada 200 ketam sehari dijual.


Pengguna menyedari bahawa ia lebih murah daripada ketam yang terdapat di pasaran makanan tempatan.Masa juga dapat dijimatkan.Bergantung pada saiz,seekor ketam boleh dibeli dengan hanya 15 Yuan(RM7.40).


Ketam2 ini seolah-olah mati tetapi sebenarnya ia masih hidup.Ia hibernate pada suhu rendah dalam mesin ini.




bizarre-facts

Gambar Menarik-Ombak Batu

Batu semulajadi yang menarik ni dipanggil Rock Wave dan terletak di timur bandar Hyden di Australia Barat.Ia dinamakan Rock Wave kerana bentuknya yang seperti ombak yang sangat besar di lautan.


Batu yang terdiri daripada granit ini setinggi kira2 15 meter dan panjang kira2 110 meter.
Jom tengok gambar Rock Wave ni....


amazing-facts

Adakah Mustahil Untuk Gigit Hidung Kita Sendiri?

Korang boleh tak korek gigit hidung korang sendiri?pernah cuba?memang benda tu mustahil untuk manusia normal.Tapi dalam kalangan kita,ada jugak yang boleh lakukannya.

Jom tengok gambar di bawah ni.....
Lelaki ini berasal dari China....


bizarre-facts

Wednesday, December 7, 2011

Gambar Menarik-Awan Lenticular yang Unik

Kali ini saya nak share gambar awan yang berbentuk lenticular(bukan awan nano lagu hafiz tu).Awan ni sangat unik kerana bentuknya yang seperti 'piring terbang' atau UFO.

Saya tak pernah lagi lihat awan ni secara 'live'.Tengok gambar pon jadi laa.....
Jom tengok Awan Lenticular yang menarik,tertarik kau memang De'Bomb ni.....hehe...





Microsoft dan Linux keluarkan produk Sabun Basuh Baju

Tengah online Facebook tiba2 pulak nampak gambar ni....haha...just for fun...







Gempa Bumi di Serata Dunia

Selalunya kita dengar gempa bumi berlaku kat luar negara je kan?Nasib baik Malaysia takde berlaku gempa bumi.Syukur kepada tuhan sebab Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik yang menyebabkan gempa bumi dan juga gunung berapi tak berlaku.

Tapi walau macam mane selamat pon kedudukan Malaysia ni,kalau tuhan nak turunkan bencana,berlaku jugak kan...hehe
Tak payah cerita panjang2...jom kita tengok senarai gempa bumi yang paling besar pernah berlaku...

Gambar Menarik-Corak Bas yang Cool

Cuti2 sekolah ni memang boring kalau online mengadap Facebook jee.....balik2 chat dengan orang yang same jee...hehe...


So,jom kita tengok gambar2 corak pada bas yang sangat cool ni...
Sorry...ini semua bas2 kat negara luar...kat Malaysia takde lagi...hehe...


Sunday, December 4, 2011

Gambar Menarik-Anjing yang Setia

Di Brazil,seekor anjing yang sangat setia enggan meninggalkan kubur tuannya yang maut dalam bencana tanah runtuh.Mungkin anjing ni tak dapat terima kematian tuannya itu.


animal-world

animal-world


Gambar Menarik-Graffiti Bayang-Bayang

Biasa kita tengok graffiti pada dinding je kan?tapi yang ni graffiti bayang-bayang(shadow graffiti) yang dihasilkan di sekitar bandar New York.


Memang cantik.Sekali tengok memang nampak real....!
Harap kat Malaysia pon ada graffiti macam ni jugak...hehe..




amazing-pictures

amazing-pictures

Gambar Menarik-Lukisan Di Jari Yang Cool


Kali ni jom kita tengok gambar lukisan2 pada jari yang unik,cantik dan lawak ni....
Memang kreatif diorang ni...hehe...

Gambar Menarik-Haiwan Bela Haiwan?

Normal apabila manusia membela haiwan,tak kiralah sebagai haiwan ternakan atau haiwan peliharaan.Ramai jugak yang ada haiwan peliharaan seperti kucing,anjing,hamster,ikan,dugong dan lain2 lagi.(Saya ada 3 kucing kat rumah..hehe)

Tetapi...
Adakah normal apabila seekor haiwan memelihara haiwan yang lain?
Terdapat seekor monyet dikesan membela seekor anak kucing di sebuah hutan di Bali,Indonesia.

Anda boleh tengok sendiri gambar2 di bawah ni......


animal-world


Friday, December 2, 2011

Bagaimana Nama Jenama Terkenal Tercipta

Pada zaman sekarang yang serba moden ni,terdapat pelbagai jenama-jenama yang terkenal yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana nama-nama ini boleh tercipta sehingga menjadi popular dan unik namanya.
Disini ada beberapa asal-usul antara jenama-jenama yang terkenal di dunia ni......


MERCEDES
Ini sebenarnya nama anak perempuan pembiaya.


ADOBE
Ini datang dari nama sungai Adobe Creek yang mengalir di belakang rumah pengasas John Warnock.
APPLE KOMPUTER
Ia adalah buah-buahan kegemaran Steve Jobs pengasas. Beliau telah tiga bulan lewat memfailkan suatu nama untuk perniagaan, dan dia mengugut untuk memanggil Komputer Apple syarikat jika rakan-rakan yang lain tidak mencadangkan nama yang lebih baik sebelum 5:00 petang itu.

Gambar Menarik-Penemuan Mayat Wanita Berusia 700 tahun di China

Ahli-ahli arkeologi telah menemui badan wanita berusia 700 tahun, yang dipelihara dengan baik di dalam keranda batu di China. Keranda itu ditemui di tapak bangunan di Taizhou, Provinsi Jiangsu  timur China. Keranda ini ditemui setelah digali dari tiga kubur  
berkedalaman 2 meter  dalam tanah di sebuah tapak pembinaan di bandar raya ini.


Penyelidik dari Muzium Taizhou dengan berhati-hati membuka keranda tersebut.Mereka menemui rangka, Dinasti Ming pakaian dan alat tujuan pengebumian.Selepas itu,mereka juga menemui badan seorang wanita yang dipelihara dengan baik.


Mayat yang sepanjang 5 kaki itu ketat dibalut dalam cerecloth (kain linen yang telah dirawat dengan berat lilin digunakan untuk menanam orang mati), selimut dan pakaian.


Mayat tesebut ditemui dengan kulit yang lengkap dan dikenal pasti dengan jelas daripada ciri-ciri wajah, rambut dan juga bulu matanya.

Gambar Menarik-Pengemis yang kreatif

Sekarang ni jadi pengemis pon susah.Kena jadi lebih kreatif untuk meraih simpati.
Tapi kadang2 diorang ni terlampau kreatif sampai ia menjadi satu perkara yang sangat lucu.

Lihatlah gambar2 pengemis yang kreatif pada masa kini........


Creative Ways of Begging for a Living

Creative Ways of Begging for a Living

Creative Ways of Begging for a Living

Gambar Menarik-Manusia menjadi Tugu

Kalau kat Bukit Bintang ada Goldman......

  

Bukit Bintang,Kuala Lumpur



Kat luar negara ada pula 'Tugu Hidup' iaitu orang yang berlakon seperti tugu....
Boleh tengok gambar2 kat bawah ni...memang nampak real..!!



amazing-pictures


amazing-pictures


amazing-pictures


Asal-usul Ubat Gigi Darlie yang ramai tak tau

Hello...


Mungkin ramai yang tak tau sejarah ubat gigi Darlie yang sekarang ni sudah maju.Tetapi tahukah anda ubat gigi Darlie dulunya dinamakan "Darkie"...




Darkie yang sekarang dikenali sebagai Darlie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel."Darkie" digunakan di Amerika dan Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam dan dikatakan berunsur perkauman(racist).




Oleh sebab itulah ditukar kepada Darlie dan gambar kat kotak dah ditukar.Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular di Taiwan sehingga hari ini.Di Malaysia pon rasanya popular jugak.Perkataan 'Darkie' juga bermaksud 'hitam' dalam bahasa
Cina.












~terima kasih kerana membaca~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...