Pages

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Tough Guy 2012 | Perlumbaan Paling Bahaya!



Salam...


Pertandingan The Tough Guy 2012 diadakan pada 29 Januari 2012 ini adalah pertandingan yang memerlukan anda bermula secara beramai-ramai untuk ke garisan penamat.Namun tidak semudah itu,pelbagai rintangan sukar yang harus anda lalui sepanjang perlumbaan itu.Termasuklah lumpur beku,kawat berduri,api,kejutan elektrik dan juga banyak lagi rintangan yang tidak masuk akal.


Pertandingan ini kali pertama diadakan pada tahun 1986 dan ia telah meluas sehingga ia dikenali sebagai Perlumbaan Paling Sukar Di Dunia.Setiap tahun,beribu lelaki dan wanita menyertai perlumbaan ini.Ia sudah menjadi acara wajib setiap tahun.


Di sini saya kongsikan gambar2 sekitar pertandingan The Tough Guy 2012 yang terbaru diadakan tahun ini.Pastinya hanya mereka yang 'berani mati' mengambil tempat dalam pertandingan ini.

Monday, January 30, 2012

Awan Nano | M.Nasir Berterima Kasih Kepada Johan

M. Nasir berterima kasih kepada Johan


Salam...


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.

Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.

Sunday, January 22, 2012

Bayi Paling Kecil Di Dunia Dibenarkan Keluar Hospital

Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC di Los Angeles semalam.


Salam...


Di Los Angeles,salah seorang bayi paling kecil di dunia dibenarkan keluar dari hospital setelah menghabiskan hampir lima bulan di dalam inkubator.Dia dikatakan mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.


Melinda Star Guido dilahirkan pada 30 Ogos lalu dengan berat yang kurang daripada 1 tin air soda iaitu hanya 269 gram.Bayi ini terlalu kecil sehinggakan badannya muat pada tangan doktor.Melinda ialah bayi ketiga paling kecil yang selamat dilahirkan.

Friday, January 20, 2012

Kegigihan Pelajar Indonesia yang Patut Dicontohi

Perilous crossing: Students, some as young as five, hold on to the side steel bars of a collapsed bridge as they cross a river to get to school at Sanghiang Tanjung village in Lebak, Indonesia


Salam...


Di Lebak,Indonesia,kanak2 di sana terpaksa merentasi Sungai Ciberang untuk ke sekolah setiap hari.Mujur terdapat sebuah jambatan gantung yang memang satu-satunya laluan yang mereka boleh lalui untuk menuntut ilmu di sekolah.


Akibat banjir yang berlaku baru2 ini,jambatan yang mereka selalu gunakan telah rosak dengan teruk.Walaupun begitu,mereka tetap bertungkus-lumus untuk menyeberangi sungai walaupun ia sangat merbahaya dan boleh meragut nyawa.

Wednesday, January 18, 2012

Bunuh Zirafah untuk Keseronokan

KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah.


LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.
Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Friday, January 13, 2012

11 Ayat Lawak Sepanjang Zaman Oleh Samy Vellu


Salam...

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.

Pasti ramai yangakan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

Tuesday, January 10, 2012

Duti Syiling Baru Mula Diedar 16 Januari ini

Salam...


Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baru akan mula diedarkan mulai 16 Januari ni.

Bank pusat telah menyatakan, orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baru ni melalui urus niaga biasa mereka.

BNM berkata, duit syiling baru ini sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.Maknanya,duit syiling lama masih lagi boleh digunakan akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. 



Saturday, January 7, 2012

25 Filem Malaysia Di Pawagam 2012


Salam...

Industri Filem Malaysia kini semakin mendapat sambutan.Hasil karya pengarah filem Malaysia juga semakin berkualiti sekarang ni.Dengan sokongan penonton,industri ini mungkin dapat melonjak ke tahap yang lebih baik.

Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya tidak menyokong aktiviti 'cetak rompak' yang akan melumpuhkan industri filem kita.Di sini saya ingin kongsikan 25 filem buatan Malaysia yang bakal ditayangkan di pawagam dalam tahun 2012 ini.

Friday, January 6, 2012

DC Avanti | Supercar Pertama India


Salam...

Di New Delhi,DC Design telah memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.Jentera ini dilancarkan oleh pelakon Bollywood terkenal iaitu Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 baru2 ini.

Kereta ni dikuasakan oleh enjin yang bersesaran 2.0 liter empat silinder.Kereta ni mampu hasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.Kelajuan maksimum yang mampu dicapai DC Avanti ini ialah 250 kilometer sejam (km/j).

Wednesday, January 4, 2012

Campak Selipar Lama ke Balai Polis?

KANAK-KANAK menyerahkan selipar lama kepada petugas Pejabat Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak di Jakarta, bagi membantah penahanan remaja dituduh mencuri selipar.

Salam...

"Kerana tak puas hati dengan tindakan polis,ribuan pasang selipar di campak ke balai polis"

Kereta Mesra Alam yang Serba Boleh(7 gambar)



Salam...


Semakin hari,bumi yang kita pijak ni semakin panas akibat pemanasan global yang sangat serius sekarang ni.Pelbagai usaha telah diambil untuk menangani masalah ini.Namun,perbuatan manusia sendiri telah menyebabkan lapisan ozon semakin nipis seterusnya cahaya matahari terus memancar membakar bumi.Di zaman yang serba moden ini,kita sememangnya memerlukan penciptaan teknologi yang mesra alam untuk mengekalkan kehijauan bumi.


Kereta adalah salah satu ciptaan yang memudahkan kita tetapi tanpa kita sedar ia semakin merosakkan bumi.Oleh kerana itu,kereta yang mesra alam sangat diperlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...