Pages

Tuesday, January 31, 2012

Tough Guy 2012 | Perlumbaan Paling Bahaya!



Salam...


Pertandingan The Tough Guy 2012 diadakan pada 29 Januari 2012 ini adalah pertandingan yang memerlukan anda bermula secara beramai-ramai untuk ke garisan penamat.Namun tidak semudah itu,pelbagai rintangan sukar yang harus anda lalui sepanjang perlumbaan itu.Termasuklah lumpur beku,kawat berduri,api,kejutan elektrik dan juga banyak lagi rintangan yang tidak masuk akal.


Pertandingan ini kali pertama diadakan pada tahun 1986 dan ia telah meluas sehingga ia dikenali sebagai Perlumbaan Paling Sukar Di Dunia.Setiap tahun,beribu lelaki dan wanita menyertai perlumbaan ini.Ia sudah menjadi acara wajib setiap tahun.


Di sini saya kongsikan gambar2 sekitar pertandingan The Tough Guy 2012 yang terbaru diadakan tahun ini.Pastinya hanya mereka yang 'berani mati' mengambil tempat dalam pertandingan ini.

Monday, January 30, 2012

Awan Nano | M.Nasir Berterima Kasih Kepada Johan

M. Nasir berterima kasih kepada Johan


Salam...


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.

Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.

Sunday, January 29, 2012

Thursday, January 26, 2012

8 Perpustakaan Tercantik Di Dunia

Salam...


Bila last korang pergi perpustakaan?atau soalan yang lebih tepat-korang pernah pergi perpustakaan tak?hahaha...


Saya selalu pergi perpustakaan kat sekolah je.Pernah pegi Perpustakaan Negara sekali je hari tu untuk cari maklumat buat kerja kursus sejarah.Setelah penat cari maklumat kat sana,akhirnya lulus jugak kerja kursus tu.Sebenarnya banyak main je kat sana,kawan2 yang tolong carikan.


Mungkin sebab kemudahan internet sekarang ni menyebabkan kebanyakan orang tak lagi pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan2 ilmiah.Dengan menekan papan kekunci dan beberapa klik,segala maklumat yang nak dicari berada di depan mata.


Okey jangan buang masa lagi,mari kita tengok 8 perpustakaan yang paling cantik dalam dunia ni.Jom kita tambah ilmu kita dengan membaca.Bangsa membaca,bangsa berjaya.Yeah!!


1.National Library of Belarus - Minsk,Belarus
National Library of Belarus - Minsk, Belarus

Kucing Dan Cermin Mata

Salam...


Korang ingat manusia je pakai cermin mata?Kucing pun boleh pakai jugak.Ingat diorang tak tau fesyen ke?hehe...


Hari ini saya hanya nak kongsikan gambar2 kucing pakai cermin mata yang comel ni.Apa?tak percaya?


Jom kita tengok.......
1

2

Wednesday, January 25, 2012

Matahari Buatan Manusia Di London

Salam...


Di bandar Trafalgar Square,London,sebuah matahari buatan manusia direka sempena kempen "Tropicana's Brighter Morning".'Matahari' ni ditempatkan di tengah2 Trafalgar Square.Ia menarik perhatian orang ramai di sana.


Saiznya 30,000 kali lebih besar daripada sebiji bola sepak,luas permukaannya 200m2 dan beratnya 2,500 kilogram.Cahaya yang dihasilkan bersamaan dengan cahaya yang mampu dihasilkan oleh 60,000 mentol dan 4 juta lumen cahaya.


Memang matahari buatan ni tidak mampu menandingi matahari yang sebenar yag lebih panas,besar dan terang cahayanya.Tapi ia dapat menerangi bandar Trafalgar Square 2 jam lebih awal.




Sunday, January 22, 2012

Bayi Paling Kecil Di Dunia Dibenarkan Keluar Hospital

Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC di Los Angeles semalam.


Salam...


Di Los Angeles,salah seorang bayi paling kecil di dunia dibenarkan keluar dari hospital setelah menghabiskan hampir lima bulan di dalam inkubator.Dia dikatakan mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.


Melinda Star Guido dilahirkan pada 30 Ogos lalu dengan berat yang kurang daripada 1 tin air soda iaitu hanya 269 gram.Bayi ini terlalu kecil sehinggakan badannya muat pada tangan doktor.Melinda ialah bayi ketiga paling kecil yang selamat dilahirkan.

sOurbLock Sambut 1st Anniversary (Contest)



Salam...

Sempena ulang tahun blog Sourblock yang pertama pada 22 Januari 2012, Sourblock  telah membuat contestnya yang pertama di mana ini kali pertama saya join contest,saya baru saja menulis ayat yang pertama,harap2 la dapat hadiah pertama...hehe...

Contest ni memerlukan saya menulis review tentang Sourblock.Jadi ini adalah review saya tentang Sourblock..............

Saturday, January 21, 2012

Jom Tambah Follower Blog Korang



Salam...


Hari ni saya bukan nak buat entri pasal Gambar Menarik atau Fakta Menarik bukan juga Berita Semasa dan Teknologi.Untuk pengetahuan anda,blog saya ni dah mencapai 100 followers...!!
(hekk elehh...baru 100,org dah beribu tak kecoh pun...ahakss..) Terima kasih kepada korang yang dah follow blog ni.


Tapi....
100 followers masih belum cukup,mari kita tambah lagi follower kita dengan segmen Jom Tambah Follower oleh Blog Haris Kaito.Sebenarnya ini kali pertama blog ni join segmen2 macam ni.Bagi blog baru macam blog ni memang susah nak memikat follower yang banyak.Blog ni tidaklah sebagus blog2 hebat yang lain.

Friday, January 20, 2012

Kegigihan Pelajar Indonesia yang Patut Dicontohi

Perilous crossing: Students, some as young as five, hold on to the side steel bars of a collapsed bridge as they cross a river to get to school at Sanghiang Tanjung village in Lebak, Indonesia


Salam...


Di Lebak,Indonesia,kanak2 di sana terpaksa merentasi Sungai Ciberang untuk ke sekolah setiap hari.Mujur terdapat sebuah jambatan gantung yang memang satu-satunya laluan yang mereka boleh lalui untuk menuntut ilmu di sekolah.


Akibat banjir yang berlaku baru2 ini,jambatan yang mereka selalu gunakan telah rosak dengan teruk.Walaupun begitu,mereka tetap bertungkus-lumus untuk menyeberangi sungai walaupun ia sangat merbahaya dan boleh meragut nyawa.

Wednesday, January 18, 2012

Bunuh Zirafah untuk Keseronokan

KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah.


LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok.
Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan.

Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Tuesday, January 17, 2012

Jom Melawat Ke Pejabat Baru Facebook

Salam...


Facebook baru saja berpindah ke pejabat barunya yang terletak di Menlo Park,California.Pejabat Facebook baru ni bersaiz 57 ekar dan mampu memuatkan 9,000 pekerja walaupun kini baru hanya 2,000 pekerja yang ada.(try la mintak kerja kat sini...hehe..)


Nampaknya Facebook semakin hari,semakin maju.Pengguna Facebook juga semakin bertambah dan dijangkakan pengguna Facebook akan mencapai 1 Billion pada Ogos 2012.Kita sebagai pengguna Facebook patut gunakannya dengan betul kerana ia akan memakan diri kita sendiri jika disalahgunakan.


Tunggu apa lagi?Jom melawat ke pejabat Facebook yang baru ni....



Monday, January 16, 2012

Bas Sekolah Di Jepun yang Comel

Salam...


Di Malaysia,bas sekolah yang biasa kita nampak warna kuning,kuning dan juga kuning.Mesti budak2 dah bosan tengok bas yang sama.Tapi patut bersyukur la sebab sampai jugak ke sekolah..hehe..


Di Jepun,bas yang hantar murid ke sekolah setiap hari mempunyai rekabentuk yang comel.Kebanyakannya diinspirasikan oleh karakter2 animasi Jepun.Dengan bas yang ceria ni,murid2 akan lebih bersemangat untuk ke sekolah.


Pastikan korang tak terlepas tengok entri sebelum ni-Corak Bas yang Cool


P/S:Kalau ada kat Malaysia korang nak naik ke?hehe..



30 Mata Wang Pelik Di Serata Dunia

Salam...


Duit.Sememangnya kita tau duit terdapat dalam bentuk kepingan kertas yang senang kita selit di dalam beg duit dan juga dalam bentuk kepingan syiling yang senang kita zipkan dalam beg duit.Gambar yang ada pada sekeping duit kertas biasanya menunjukkan kemegahan dan identiti sesebuah negara itu.Itulah duit yang kita guna sekarang.


Di sini saya nak kongsikan 30 Mata Wang pelik yang pernah serata dunia.Jom tengok...


Matawang Zimbabwe

Saturday, January 14, 2012

Hotel UFO Yang Cool

Salam...


Hotel cabin atas pokok yang berbentuk UFO ni terletak di Perkampungan Swendish di Sweden.Reka bentuknya yang cool dapat menarik minat pengunjung untuk menginap di situ.Walaupun bayarannya agak mahal,$600(RM1,880) untuk 1 malam, tetapi ramai yang datang untuk menikmati penginapan yang luarbiasa ini.



Otak Kiri VS. Otak Kanan(Infografik)

Salam...


Setiap manusia menggunakan otak mereka untuk berfikir.Segala tindakan yang dilakukan dipengaruhi oleh otak kita.Tetapi setiap manusia lebih menggunakan otak kiri atau kanan mereka.


Satu teori yang popular menyatakan manusia dengan otak kanan mempunyai kemahiran dan minat yang berbeza dengan manusia dengan otak kiri.Cara pembelajaran yang berkesan juga berbeza antara kedua-duanya.


Jom ketahui korang otak kiri atau otak kanan berdasarkan infografik kat bawah ni...jangan lupa komen bagitau korang otak belah mana...hehe...

Friday, January 13, 2012

11 Ayat Lawak Sepanjang Zaman Oleh Samy Vellu


Salam...

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.

Pasti ramai yangakan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

50 Seni Kopi Yang Kreatif

Salam...


Sejak tahun 80-an lagi,seni corak atas kopi/espreso ni popular di kalangan pencinta kopi.Seni ini memerlukan skil dan kreativiti yang tinggi.Hanya menggunakan susu,pelbagai corak yang menarik dapat dihasilkan pada secawan kopi yang biasa.Secara tidak langsung menarik minat orang untuk minum.


Di sini ada koleksi seni kopi yang kreatif yang saya kumpulkan.Mari kita hidu bau kopi yang menyegarkan ni......



Kedai McDonald Yang Lawak Di Serata Dunia

Salam...


Sapa kat sini suka makan McD?Sila LIKE entri dan page blog ni.(Ciss...taktik nak promote blog..hehe)


McDonalds memang kedai makanan segera/fast food paling popular dalam dunia ni.Ramai yang memang suka makan McD ni walaupun sebenarnya tak baik untuk kesihatan.


McD sangat popular sehinggakan banyak kedai2 yang tiru McD punya logo untuk meningkatkan perniagaan mereka.Jom tengok kedai2 'Mekdonel' yang lawak ni.....


5 Hidupan Laut yang Paling Pelik Di Dunia

Salam...


Memang tak terkira makhluk ciptaan tuhan yang wujud di atas muka bumi ni.Masih banyak lagi  benda yang kita tak tau dengan dunia yang penuh dengan misteri ni.


Setelah banyak kajian yang dilakukan oleh para saintis,pelbagai hidupan laut yang telah ditemui.Di sini saya nak kongsikan 5 Hidupan Laut yang Paling Pelik Di Dunia yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ni.




1.The Blob Fish
blobfish_1565953c

Thursday, January 12, 2012

Mee Segera | Memang Segera Tapi Bahaya!



Salam...


Korang suka makan Maggi?Mee Cintan?Mamee Slurp?Mee Sedap?Mee tak Sedap?Tak kisah la asalkan Mee Segera.Mee segera ni memang segera untuk disediakan.Harganya pun murah.Tapi mee segera ni memang tak bagus untuk kesihatan.Korang mesti dah tau kan?

Jadi saya nak kongsikan bahan2 yang terdapat dalam mee segera yang memudaratkan kesihatan korang.Jom tengok....

Wednesday, January 11, 2012

CES 2012 | Inovasi Baru Tahun 2012

Salam...


Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2012 kembali ke Las Vegas tahun ini dengan sejumlah 2,700 syarikat mempamerkan produk kepada 140,000 peserta dari 140 negara.

Walaupun pameran empat hari ini bermula secara rasmi semalam, pihak media diberi peluang untuk melihat beberapa produk baru daripada beberapa syarikat yang mengambil bahagian pada acara “CES Unveiled” yang diadakan dua hari sebelumnya.


Berikut adalah antara produk menarik daripada acara tersebut:




Tuesday, January 10, 2012

Duti Syiling Baru Mula Diedar 16 Januari ini

Salam...


Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baru akan mula diedarkan mulai 16 Januari ni.

Bank pusat telah menyatakan, orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baru ni melalui urus niaga biasa mereka.

BNM berkata, duit syiling baru ini sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.Maknanya,duit syiling lama masih lagi boleh digunakan akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. 



Monday, January 9, 2012

Jebel Hafeet | Jalan Raya Atas Bukit Yang Menakjubkan

Salam...


Di UAE(United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu), terdapat sebuah jalan raya sepanjang 11.7 km di atas bukit yang setinggi 1,219 meter.Jalan raya ni terdapat 21 selekoh dan 3 lorong.


Jalan raya yang menakjubkan ni digelar jalan raya paling menakjubkan kerana ia memberi anda pengalaman pemanduan yang hebat.Anda juga boleh menikmati pemandangan yang cantik pada waktu malam di Bukit Jebel Hafeet ini.


P/S:mesti banyak accident kat sini...gulp...


amazing-pictures

Saturday, January 7, 2012

25 Filem Malaysia Di Pawagam 2012


Salam...

Industri Filem Malaysia kini semakin mendapat sambutan.Hasil karya pengarah filem Malaysia juga semakin berkualiti sekarang ni.Dengan sokongan penonton,industri ini mungkin dapat melonjak ke tahap yang lebih baik.

Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya tidak menyokong aktiviti 'cetak rompak' yang akan melumpuhkan industri filem kita.Di sini saya ingin kongsikan 25 filem buatan Malaysia yang bakal ditayangkan di pawagam dalam tahun 2012 ini.

Friday, January 6, 2012

DC Avanti | Supercar Pertama India


Salam...

Di New Delhi,DC Design telah memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.Jentera ini dilancarkan oleh pelakon Bollywood terkenal iaitu Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 baru2 ini.

Kereta ni dikuasakan oleh enjin yang bersesaran 2.0 liter empat silinder.Kereta ni mampu hasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.Kelajuan maksimum yang mampu dicapai DC Avanti ini ialah 250 kilometer sejam (km/j).

FaceBed | Katil untuk Penggila Facebook

Salam...

Tomislav Zvonaric dari Crotia telah menghasilkan sebuah konsep katil khas untuk penggila Facebook yang agak cool.Kaki2 Facebook kat luar sana mesti suka katil ni.Katil bergabung dengan PC sekali,memang best!Bangun tidur terus update status...hehe...

Enjoy...

Thursday, January 5, 2012

12 Trend IT Terhangat 2012

Salam...

Arus teknologi moden kini mengalir semakin deras.Ia telah banyak mengubah hidup kita ke arah kemajuan.Ia seolah2 telah menjadi trend dalam kehidupan di dunia ini.Sesiapa yang tidak mengikutinya akan dianggap ketinggalan zaman.

Ayuh kita lihat 12 trend IT yang terhangat pada tahun 2012 ini....


1. Smartphone / Telefon Pintar

Wednesday, January 4, 2012

Campak Selipar Lama ke Balai Polis?

KANAK-KANAK menyerahkan selipar lama kepada petugas Pejabat Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak di Jakarta, bagi membantah penahanan remaja dituduh mencuri selipar.

Salam...

"Kerana tak puas hati dengan tindakan polis,ribuan pasang selipar di campak ke balai polis"

Lujan Zoo | Zoo Paling Bahaya Di Dunia!!



Salam...


Sebuah zoo di Argentina yang diberi nama Lujan Zoo dianggap zoo paling berbahaya di dunia kerana zoo ini membenarkan anda bertemu dengan haiwan2 pemangsa yang ganas secara dekat.Pengunjung boleh tunggang,gosok dan juga menyuap makanan kepada haiwan2 yang bahaya seperti harimau,singa,cheetah dan beruang.


Pengunjung boleh masuk ke dalam sangkar haiwan2 ini dengan membayar $50(RM158) dan juga menandatangani kertas yang bertulis "jika anda dimakan,pihak zoo tidak akan bertanggungjawab".

Kereta Mesra Alam yang Serba Boleh(7 gambar)



Salam...


Semakin hari,bumi yang kita pijak ni semakin panas akibat pemanasan global yang sangat serius sekarang ni.Pelbagai usaha telah diambil untuk menangani masalah ini.Namun,perbuatan manusia sendiri telah menyebabkan lapisan ozon semakin nipis seterusnya cahaya matahari terus memancar membakar bumi.Di zaman yang serba moden ini,kita sememangnya memerlukan penciptaan teknologi yang mesra alam untuk mengekalkan kehijauan bumi.


Kereta adalah salah satu ciptaan yang memudahkan kita tetapi tanpa kita sedar ia semakin merosakkan bumi.Oleh kerana itu,kereta yang mesra alam sangat diperlukan.

Tuesday, January 3, 2012

Pertunjukan Bunga Api Tahun Baru di Serata Dunia


Salam...

"Setiap kali tahun baru, mesti tak akan terlepas dengan pertunjukan bunga api.Tiba saja detik 12 malam pasti bunga api akan meletus-letus di ruangan angkasa yang luas.Saat itulah manusia akan teruja dengan keindahan pertunjukan bunga api yang sangat cantik.Ramai yang bersemangat kerana tahun baru yang bermula akan mengubah diri menjadi lebih baik untuk memulakan hidup yang baru."

Pertunjukan bunga api seperti menjadi kewajipan setiap kali sambutan tahun baru.Bukan saja di Malaysia, malah di negara2 di serata dunia juga akan mengadakan sambutan tahun baru.

Monday, January 2, 2012

Facebook Shortcut Keys Yang Patut Anda Tahu



Salam...


Facebook menjadi kegilaan pengguna internet zaman sekarang tak kira tua atau muda.Ada yang kata tak boleh hidup tanpa Facebook.(abis sebelum ade Facebook camne kau hidup?haha).


Jika anda pengguna Facebook tegar,saya nak kongsikan shortcut keys dalam Facebook yang anda patut tahu.Malangnya memang ramai tak boleh hafal semua shortcut keys ni.Cukup la kalau kita hafal 2,3 camtu...hehe..


Shortcut keys ini hanya boleh digunakan untuk pelayar Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja.Harap maklum.

Sunday, January 1, 2012

Sambutan Tahun Baru yang Aneh di Serata Dunia

pix_gal0


Salam...


Tahun 2011 baru saja tinggalkan kita.Semestinya setiap kali tahun baru ada sambutan yang akan disambut pada hari terakhir dalam setiap tahun.Dengan sambutan itu kita akan rasa lebih bersemangat untuk lalui tahun baru yang lebih banyak cabaran hidup.


Jika di Malaysia, sambutan tahun baru biasanya akan disambut dengan countdown dan seterusnya dengan pertunjukkan bunga api yang cantik.Di negara2 luar,terdapat pelbagai acara dan adat yang dilakukan setiap kali sambutan tahun baru.Sambutan mereka agak aneh dan asing bagi kita di Malaysia terutamanya yang beragama islam.


Jom kita lihat beberapa acara pelik yang menjadi tradisi setiap tahun baru:

Kebaikan Dark Chocolate



Salam...

Kalau sebelum ni korang pernah baca Fakta dan Mitos Mengenai Coklat, kali ni saya nak kongsikan pula kebaikan2 dark chocolate.Sebenarnya saya buat entri di atas cadangan/permintaan brader r-5...hehe..korang boleh melawat blog beliau yang best di pelakarbisikanhati2.blogspot.com.

Dark chocolate ini memang satu makanan yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita.Ia juga dapat mencegah penyakit2 berbahaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...