Pages

Tuesday, January 10, 2012

Duti Syiling Baru Mula Diedar 16 Januari ini

Salam...


Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baru akan mula diedarkan mulai 16 Januari ni.

Bank pusat telah menyatakan, orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baru ni melalui urus niaga biasa mereka.

BNM berkata, duit syiling baru ini sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.Maknanya,duit syiling lama masih lagi boleh digunakan akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. 



BNM berkata, bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baru ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka supaya boleh menerima duit syiling baru ini.

Duit syiling baru ni bertemakan ‘Keunikan Malaysia’.Reka bentuknya mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara. 


Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Denominasi duit syiling siri baru ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil dan juga ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...