Pages

Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Entri Ke-100 | Selamat Tinggal Blog

Salam...


Setelah 2 bulan lebih Blog Roti Butter bertapak dalam dunia blogger ni,kini genaplah jumlah entri blog ni yang ke-100.Pelbagai rasa yang ada di hati.Rasa gembira,rasa teruja dan rasa macam tak percaya pun ada.Saya rasa saya telah berjaya menjadi blogger.Tapi masih belum menjadi blogger yang berjaya.Masih banyak lagi yang harus saya belajar dan pertingkatkan.


Saya pernah ada blog lain sebelum ni tapi nampaknya tak menjadi.Mungkin kerana dulu saya tak serius berblogging macam blog sekarang ni.Betullah orang kata,kalau kita bersungguh-sungguh buat sesuatu itu,insyaallah ia akan membuahkan hasil.Namun ia tidak akan mudah diperoleh tanpa usaha yang gigih.


Sepanjang saya blogging ni,terdapat perubahan dalam diri saya ke arah positif.

  1. Ilmu pengetahuan bertambah.Sejak berblogging,saya lebih cepat mendapat tahu info2 yang terkini di internet terutamanya blog.Kadang2 saya tahu sesuatu berita tu di internet dulu sebelum ia terkeluar di berita dan akhbar.Segala benda yang terjadi dalam dunia ini pun cepat saja diketahui.
  2. Gaya penulisan saya bertambah baik.Jika dahulu penulisan saya macam budak sekolah rendah,kini gaya penulisan saya semakin baik.Dengan rujukan dari blog2 yang hebat,gaya penulisan saya dapat dipertingkatkan.
  3. Lebih ramai kenalan.Kenalan saya semakin banyak selepas sering berinteraksi dengan blogger2 lain iaitu dengan blogwalking dan tinggalkan komen di blog mereka.Kalau di Facebook saya hanya berinteraksi dengan kawan2 yang sebaya,tapi di dunia blogger ni saya dapat berinteraksi dengan sesiapa saja tanpa mengira umur.Kebanyakannya lebih tua daripada saya namun ia bukan penghalang.Yang penting ialah sikap hormat-menghormati.
Selamat Tinggal Blog
Blog ni bukan ditinggalkan untuk selamanya.Hanya seketika.Kenapa?Sebab saya telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Kubu Baru di Selangor.


Lepas ni memang susah nak update blog ni.Di sana jadualnya padat.Di sana juga lebih menekankan akademik.Saya akan cuba update blog ni jika ada masa lapang.Ini bukanlah entri terakhir blog ni.Entri ini hanyalah untuk pemberitahuan yang blog ni akan kurang aktif lepas ini.Untuk mengetahui update terkini blog ni bolehlah LIKE page ni-facebook.com/rotibutter.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan beribu-ribu-ribuan terima kasih kepada pengunjung dan juga followers yang sudi meluangkan masa di blog ni.Korang memang best!


Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H | Biodata Rasulullah S.A.W



Salam...


Hari ini,12 Rabiul Awal 1433 Hijrah iaitu tarikh di mana Maulidur Rasul disambut.Maulidur Rasul ialah satu sambutan sempena hari kelahiran Rasulullah S.A.W.Sempena sambutan ini,marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.


Mari kenali insan teragung di atas muka bumi ini dengan membaca biodata dan juga serba sedikit sejarah hidup baginda.Semoga cinta kita terhadap baginda akan bertambah lagi.

Thursday, February 2, 2012

Pertama Kali Menang Contest!



Salam...


Teruja,terkejut,terkesima.Itulah perasaan saya bila dapat tahu yang blog ni menang contest yang dianjurkan oleh Sourblock.Contest ni sangat senang iaitu dengan hanya buat 1 review tentang Sourblock bersempena 1st Anniversary blog tersebut.Korang boleh tengok review yang saya buat ni Sourblock Sambut 1st Anniversary.Simple je kan?takde la best sangat...hehe..


Hadiah?
Sebenarnya hadiah bukan menjadi ukuran.Semasa join contest ni,saya tak terfikir pun nak menang.Cuma nak tambahkan lagi kenalan dan juga pengunjung blog yang masih baru ni.


Hadiahnya merupakan Topup RM10 dan juga review blog secara percuma.Hadiahnya memang la tidak sehebat mana tapi bagi saya ia tidak ternilai.Yela,bukan senang nak dapat review blog secara percuma.Ini review blog RotiButter yang ditulis khas oleh Sourblock.


Trimas!
Terima kasih banyak2 kepada Sourblock kerana memilih blog RotiButter sebagai pemenang tempat pertama.Dan tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Blog Suzierahman dan Blog Ting Tong Teko.


Kemenangan ni membuat saya lebih bersemangat untuk berblogging lagi walaupun blog ni akan diberhentikan untuk seketika.Kenapa?tunggu la entri yang akan datang..hehe...







Sunday, January 22, 2012

sOurbLock Sambut 1st Anniversary (Contest)



Salam...

Sempena ulang tahun blog Sourblock yang pertama pada 22 Januari 2012, Sourblock  telah membuat contestnya yang pertama di mana ini kali pertama saya join contest,saya baru saja menulis ayat yang pertama,harap2 la dapat hadiah pertama...hehe...

Contest ni memerlukan saya menulis review tentang Sourblock.Jadi ini adalah review saya tentang Sourblock..............

Saturday, January 21, 2012

Jom Tambah Follower Blog Korang



Salam...


Hari ni saya bukan nak buat entri pasal Gambar Menarik atau Fakta Menarik bukan juga Berita Semasa dan Teknologi.Untuk pengetahuan anda,blog saya ni dah mencapai 100 followers...!!
(hekk elehh...baru 100,org dah beribu tak kecoh pun...ahakss..) Terima kasih kepada korang yang dah follow blog ni.


Tapi....
100 followers masih belum cukup,mari kita tambah lagi follower kita dengan segmen Jom Tambah Follower oleh Blog Haris Kaito.Sebenarnya ini kali pertama blog ni join segmen2 macam ni.Bagi blog baru macam blog ni memang susah nak memikat follower yang banyak.Blog ni tidaklah sebagus blog2 hebat yang lain.

Wednesday, December 21, 2011

Today I'm Speechless :)


PUTRAJAYA: Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus. 
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.

Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.

Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.

Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.

"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya. --BERNAMA


Monday, December 19, 2011

Jom Join Churp Churp Dan Dapat Duit!





Salam...


Excited tak baca tajuk tu?mesti la excited kan kalau bab2 dapat duit ni..hehe..Churp Churp ni ialah 1 laman web yang siarkan iklan2 yang menarik.Kita hanya perlu sharekan iklan2 diorang di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.Senang kan?


Ini contoh iklan2 Churp Churp...


                                



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...