Pages

Monday, February 6, 2012

Entri Ke-100 | Selamat Tinggal Blog

Salam...


Setelah 2 bulan lebih Blog Roti Butter bertapak dalam dunia blogger ni,kini genaplah jumlah entri blog ni yang ke-100.Pelbagai rasa yang ada di hati.Rasa gembira,rasa teruja dan rasa macam tak percaya pun ada.Saya rasa saya telah berjaya menjadi blogger.Tapi masih belum menjadi blogger yang berjaya.Masih banyak lagi yang harus saya belajar dan pertingkatkan.


Saya pernah ada blog lain sebelum ni tapi nampaknya tak menjadi.Mungkin kerana dulu saya tak serius berblogging macam blog sekarang ni.Betullah orang kata,kalau kita bersungguh-sungguh buat sesuatu itu,insyaallah ia akan membuahkan hasil.Namun ia tidak akan mudah diperoleh tanpa usaha yang gigih.


Sepanjang saya blogging ni,terdapat perubahan dalam diri saya ke arah positif.

  1. Ilmu pengetahuan bertambah.Sejak berblogging,saya lebih cepat mendapat tahu info2 yang terkini di internet terutamanya blog.Kadang2 saya tahu sesuatu berita tu di internet dulu sebelum ia terkeluar di berita dan akhbar.Segala benda yang terjadi dalam dunia ini pun cepat saja diketahui.
  2. Gaya penulisan saya bertambah baik.Jika dahulu penulisan saya macam budak sekolah rendah,kini gaya penulisan saya semakin baik.Dengan rujukan dari blog2 yang hebat,gaya penulisan saya dapat dipertingkatkan.
  3. Lebih ramai kenalan.Kenalan saya semakin banyak selepas sering berinteraksi dengan blogger2 lain iaitu dengan blogwalking dan tinggalkan komen di blog mereka.Kalau di Facebook saya hanya berinteraksi dengan kawan2 yang sebaya,tapi di dunia blogger ni saya dapat berinteraksi dengan sesiapa saja tanpa mengira umur.Kebanyakannya lebih tua daripada saya namun ia bukan penghalang.Yang penting ialah sikap hormat-menghormati.
Selamat Tinggal Blog
Blog ni bukan ditinggalkan untuk selamanya.Hanya seketika.Kenapa?Sebab saya telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Kubu Baru di Selangor.


Lepas ni memang susah nak update blog ni.Di sana jadualnya padat.Di sana juga lebih menekankan akademik.Saya akan cuba update blog ni jika ada masa lapang.Ini bukanlah entri terakhir blog ni.Entri ini hanyalah untuk pemberitahuan yang blog ni akan kurang aktif lepas ini.Untuk mengetahui update terkini blog ni bolehlah LIKE page ni-facebook.com/rotibutter.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan beribu-ribu-ribuan terima kasih kepada pengunjung dan juga followers yang sudi meluangkan masa di blog ni.Korang memang best!


15 comments:

  1. tahniah dan semoga berjaya di MRSM.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..owh bru form 4.sebaya adik akak..neway taniah.stdy hard ok. :)

    ReplyDelete
  3. Ok bro!!! hapi study!!!itu yang penting..
    Baru nak jenguk tiap2 hari....hehheehe
    Kalau dah upadated..hello kat gua..nanti gua datang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bro!!thanks!!haha..
      insyaallah lepas ni curi2 masa utk update blog..hehe..:D

      Delete
  4. Biar kurang berblog, jangan take berblog k?

    ReplyDelete
  5. wah..dpt ke mrsm..tahniah..blajar elok2 ya :)

    ReplyDelete
  6. berblog bnyak faedahnya,tahniah dan selamat maju jaya di MRSM :)

    ReplyDelete
  7. owh
    ingat stop tadi
    terkejut juga sebab tiba2 je
    rupa2 rehat
    hehehe
    selamat study


    P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  8. Tahniah Nazreen.
    Bila ada kelapangan, jangan lupa berblogging yea.
    All the best! ;)

    ReplyDelete
  9. tahniah nazreen. maaf lambat balasnya komen kamu. akak bz sikt. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...