Pages

Monday, December 3, 2012

Taman Tema Tandas Pertama Di Dunia

Salam...

Biasanya kita akan pergi ke tandas pada masa 'tertentu' sahaja.Tapi pernahkah anda terfikir tandas akan menjadi satu tempat untuk bersuka ria?

Taman tema yang bertemakan tandas yang pertama di dunia telah dibuka di Bandar Suwon,berhampiran dengan Seoul,Korea Selatan.


Taman tema ini dibina di tapak rumah pengasasnya sendiri iaitu Sim Jae-duck yang juga memegang jawatan presiden Persatuan Tandas Sedunia yang pertama.Beliau juga digelar 'Mr. Toilet'.

Taman tema ini dibina bukan sahaja untuk menjadi tempat bersuka ria,tetapi ia sebenarnya bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kebersihan dan penggunaan tandas yang betul.

Saturday, November 17, 2012

50 Tahun Poster Filem James Bond

Salam...

Jom kita tengok koleksi kesemua 24 filem James Bond sejak tahun 1962 hingga 2012.

"Dr. No" (1962)

Thursday, November 15, 2012

25 Tempat Pelik Tapi Benar

Salam...

Foto tempat-tempat ni memang nampak seperti di-edit atau palsu.Tapi pada hakikatnya,gambar-gambar tempat yang nampak seperti di alam fantasi ini adalah 100% asli dari lensa kamera.




Friday, November 9, 2012

Fakta Dan Statistik Media Sosial 2012



Salam...

Tahun 2012 hampir menutup tirainya.Mari kita lihat statistik dan fakta tentang media sosial seperti Facebook,Twitter,Youtube dan banyak lagi yang semakin mendominasi dunia it.


Friday, March 9, 2012

Apple Perkenal iPad 3



Salam...



SAN FRANCISCO: Syarikat Apple mempamerkan produk terbaru mereka - iPad yang dipertingkatkan dengan kelebihan skrin yang lebih jelas serta pemproses lebih pantas.
Di sebalik khabar angin kononnya ia akan dikenali sebaegai iPad HD atau iPad 3, Apple hanya memperkenalkan produk itu sebagai iPad versi baru.

Ia mempunyai saiz dan bentuk sama dengan versi terdahulu, tetapi dengan paparan paling berkuasa pernah dilihat dalam mana-mana peranti mudah alih pernah dicipta setakat ini.


Dengan memiliki resolusi 3.1 juta piksel, paparan pada iPad baru itu lebih terperinci berbanding televisyen definisi tinggi 40 inci.

Monday, February 6, 2012

Entri Ke-100 | Selamat Tinggal Blog

Salam...


Setelah 2 bulan lebih Blog Roti Butter bertapak dalam dunia blogger ni,kini genaplah jumlah entri blog ni yang ke-100.Pelbagai rasa yang ada di hati.Rasa gembira,rasa teruja dan rasa macam tak percaya pun ada.Saya rasa saya telah berjaya menjadi blogger.Tapi masih belum menjadi blogger yang berjaya.Masih banyak lagi yang harus saya belajar dan pertingkatkan.


Saya pernah ada blog lain sebelum ni tapi nampaknya tak menjadi.Mungkin kerana dulu saya tak serius berblogging macam blog sekarang ni.Betullah orang kata,kalau kita bersungguh-sungguh buat sesuatu itu,insyaallah ia akan membuahkan hasil.Namun ia tidak akan mudah diperoleh tanpa usaha yang gigih.


Sepanjang saya blogging ni,terdapat perubahan dalam diri saya ke arah positif.

  1. Ilmu pengetahuan bertambah.Sejak berblogging,saya lebih cepat mendapat tahu info2 yang terkini di internet terutamanya blog.Kadang2 saya tahu sesuatu berita tu di internet dulu sebelum ia terkeluar di berita dan akhbar.Segala benda yang terjadi dalam dunia ini pun cepat saja diketahui.
  2. Gaya penulisan saya bertambah baik.Jika dahulu penulisan saya macam budak sekolah rendah,kini gaya penulisan saya semakin baik.Dengan rujukan dari blog2 yang hebat,gaya penulisan saya dapat dipertingkatkan.
  3. Lebih ramai kenalan.Kenalan saya semakin banyak selepas sering berinteraksi dengan blogger2 lain iaitu dengan blogwalking dan tinggalkan komen di blog mereka.Kalau di Facebook saya hanya berinteraksi dengan kawan2 yang sebaya,tapi di dunia blogger ni saya dapat berinteraksi dengan sesiapa saja tanpa mengira umur.Kebanyakannya lebih tua daripada saya namun ia bukan penghalang.Yang penting ialah sikap hormat-menghormati.
Selamat Tinggal Blog
Blog ni bukan ditinggalkan untuk selamanya.Hanya seketika.Kenapa?Sebab saya telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Kubu Baru di Selangor.


Lepas ni memang susah nak update blog ni.Di sana jadualnya padat.Di sana juga lebih menekankan akademik.Saya akan cuba update blog ni jika ada masa lapang.Ini bukanlah entri terakhir blog ni.Entri ini hanyalah untuk pemberitahuan yang blog ni akan kurang aktif lepas ini.Untuk mengetahui update terkini blog ni bolehlah LIKE page ni-facebook.com/rotibutter.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan beribu-ribu-ribuan terima kasih kepada pengunjung dan juga followers yang sudi meluangkan masa di blog ni.Korang memang best!


Gitar Boleh Lipat yang Cool

Salam...


Bagi pencinta alat muzik terutamanya gitar,agak susah untuk mereka membawa gitar kemana-mana.Dengan bentuk gitar yang panjang ia menyukarkan mereka untuk bergerak bebas.Dengan adanya gitar yang boleh dilipat hasil rekaan Shlomi Daniel dan Uri Nir ni,kini alat muzik kegilaan ramai ini dapat dibawa kemana-mana dengan mudah.Dengan rekacipta yang genius ni,cinta anda terhadap muzik tidak akan terbatas.


Festival Buah Oren Di Netherland

Salam...


Di Netherland,festival oren disambut pada 30 April setiap tahun.Jalan di bandar Amsterdam akan berubah menjadi lautan buah oren apabila festival ini diadakan.Anda boleh melihat pelbagai struktur binaan menarik yang dibina dengan hanya menggunakan buah oren.


Jom kita tengok antara binaan yang menarik di festival oren ni...


fascinating-events

fascinating-events

Sunday, February 5, 2012

Masa Depan yang Kita Fikirkan

Salam...

Apabila sebut 'masa depan', pasti kita akan fikir kecanggihan teknologi yang akan mengambil alih kehidupan kita.Mungkinkah pada masa depan robot akan menggantikan manusia bagi membuat semua kerja yang biasanya dilakukan oleh manusia?Mungkinkah jalan raya takkan sesak lagi kerana semuanya 'memandu di atas udara'?Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai apabila melihat teknologi kini yang semakin meningkat.

Tetapi,dengan keadaan bumi yang semakin sakit ini,bolehkah masa depan yang kita selalu impikan akan menjadi realiti?Ditambah pula dengan pencemaran yang semakin bermaharajalela.Bangunan pencakar langit yang semakin banyak dibina.Pokok yang semakin banyak ditebang.Asap bahaya yang semakin galak dilepaskan.Seperti ingin segera memusnahkan bumi ni.





40 Kolam Renang Tercantik Di Dunia

1. Jordan
Jordan

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H | Biodata Rasulullah S.A.W



Salam...


Hari ini,12 Rabiul Awal 1433 Hijrah iaitu tarikh di mana Maulidur Rasul disambut.Maulidur Rasul ialah satu sambutan sempena hari kelahiran Rasulullah S.A.W.Sempena sambutan ini,marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.


Mari kenali insan teragung di atas muka bumi ini dengan membaca biodata dan juga serba sedikit sejarah hidup baginda.Semoga cinta kita terhadap baginda akan bertambah lagi.

Ukiran Tembikai yang Kreatif

Salam...


Ukiran pada buah terutamanya tembikai memang biasanya kita dapat tengok di majlis perkahwinan.Bukan calang2 orang boleh buat ukiran yang memerlukan daya kreativiti ni.Di sini saya kongsikan koleksi ukiran buah tembikai yang sangat cantik dan kreatif.


Jom tengok.........


Jaws (aka Don't Go in the Watermelon)

Barisan Pokok yang Nyaman

Lokasi-Porto Alegre, Brazil.


Friday, February 3, 2012

Stadium Makanan Yang Sedap!





Rupa Angry Bird Selepas Bertarung

Salam...


Angry Bird.Sebut je Angry Bird mesti ramai yang tahu game 'burung marah' tu.Pasti terpampang karakter2 burung yang comel tu dalam minda kita.Dari yang kecil hingga ke dewasa,sudah merasai keseronokan bermain game itu.Sampai ada yang sudah ketagih.


Memang best main game tu.Tapi pernah tak korang fikir macam mana agaknya burung2 tu lepas dilontar dengan lastik gergasi tu?Mesti lah sakit kan?hehe..


Ini adalah gambaran karakter Angry Bird selepas cedera bertarung yang dihasilkan oleh pengguna devianART Scooterek yang sangat cantik dan kreatif.Jom kita tengok burung2 ni sambil memberi sedikit simpati.

Thursday, February 2, 2012

Villa Escudero | Restoran Air Terjun yang Cool

Salam...


Villa Escudero Resort yang terletak di daerah Quezon,Filipina ialah sebuah resort mewah yang menyediakan penginapan yang selesa dan juga muzium barangan yang menarik.


Resort ini juga menyediakan restoran air terjun yang sangat unik untuk pengalaman menjamu selera yang sangat luar biasa.Bayangkan,disaat anda menikmati santapan istimewa,air yang jernih mengalir merentasi kaki anda.Ditambah pula dangan keindahan alam semula jadi di situ,pastinya ia satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan.


Restoran ini menyediakan pelbagai makanan tempatan Filipina yang mewah.Sesuai untuk mereka yang bercitarasa tinggi.


Mari kita 'skodeng' sikit restoran air terjun ni.Nak pergi sana belum tentu lagi dapat..hehe..


Pertama Kali Menang Contest!



Salam...


Teruja,terkejut,terkesima.Itulah perasaan saya bila dapat tahu yang blog ni menang contest yang dianjurkan oleh Sourblock.Contest ni sangat senang iaitu dengan hanya buat 1 review tentang Sourblock bersempena 1st Anniversary blog tersebut.Korang boleh tengok review yang saya buat ni Sourblock Sambut 1st Anniversary.Simple je kan?takde la best sangat...hehe..


Hadiah?
Sebenarnya hadiah bukan menjadi ukuran.Semasa join contest ni,saya tak terfikir pun nak menang.Cuma nak tambahkan lagi kenalan dan juga pengunjung blog yang masih baru ni.


Hadiahnya merupakan Topup RM10 dan juga review blog secara percuma.Hadiahnya memang la tidak sehebat mana tapi bagi saya ia tidak ternilai.Yela,bukan senang nak dapat review blog secara percuma.Ini review blog RotiButter yang ditulis khas oleh Sourblock.


Trimas!
Terima kasih banyak2 kepada Sourblock kerana memilih blog RotiButter sebagai pemenang tempat pertama.Dan tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Blog Suzierahman dan Blog Ting Tong Teko.


Kemenangan ni membuat saya lebih bersemangat untuk berblogging lagi walaupun blog ni akan diberhentikan untuk seketika.Kenapa?tunggu la entri yang akan datang..hehe...







Tuesday, January 31, 2012

Tough Guy 2012 | Perlumbaan Paling Bahaya!



Salam...


Pertandingan The Tough Guy 2012 diadakan pada 29 Januari 2012 ini adalah pertandingan yang memerlukan anda bermula secara beramai-ramai untuk ke garisan penamat.Namun tidak semudah itu,pelbagai rintangan sukar yang harus anda lalui sepanjang perlumbaan itu.Termasuklah lumpur beku,kawat berduri,api,kejutan elektrik dan juga banyak lagi rintangan yang tidak masuk akal.


Pertandingan ini kali pertama diadakan pada tahun 1986 dan ia telah meluas sehingga ia dikenali sebagai Perlumbaan Paling Sukar Di Dunia.Setiap tahun,beribu lelaki dan wanita menyertai perlumbaan ini.Ia sudah menjadi acara wajib setiap tahun.


Di sini saya kongsikan gambar2 sekitar pertandingan The Tough Guy 2012 yang terbaru diadakan tahun ini.Pastinya hanya mereka yang 'berani mati' mengambil tempat dalam pertandingan ini.

Monday, January 30, 2012

Awan Nano | M.Nasir Berterima Kasih Kepada Johan

M. Nasir berterima kasih kepada Johan


Salam...


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.

Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.

Sunday, January 29, 2012

6 Tempat Paling Sepi Di Dunia

1. Raley, Alberta, Canada

Raley, Alberta, Canada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...