Pages

Sunday, February 5, 2012

Masa Depan yang Kita Fikirkan

Salam...

Apabila sebut 'masa depan', pasti kita akan fikir kecanggihan teknologi yang akan mengambil alih kehidupan kita.Mungkinkah pada masa depan robot akan menggantikan manusia bagi membuat semua kerja yang biasanya dilakukan oleh manusia?Mungkinkah jalan raya takkan sesak lagi kerana semuanya 'memandu di atas udara'?Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai apabila melihat teknologi kini yang semakin meningkat.

Tetapi,dengan keadaan bumi yang semakin sakit ini,bolehkah masa depan yang kita selalu impikan akan menjadi realiti?Ditambah pula dengan pencemaran yang semakin bermaharajalela.Bangunan pencakar langit yang semakin banyak dibina.Pokok yang semakin banyak ditebang.Asap bahaya yang semakin galak dilepaskan.Seperti ingin segera memusnahkan bumi ni.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...