Pages

Sunday, January 1, 2012

Kebaikan Dark Chocolate



Salam...

Kalau sebelum ni korang pernah baca Fakta dan Mitos Mengenai Coklat, kali ni saya nak kongsikan pula kebaikan2 dark chocolate.Sebenarnya saya buat entri di atas cadangan/permintaan brader r-5...hehe..korang boleh melawat blog beliau yang best di pelakarbisikanhati2.blogspot.com.

Dark chocolate ini memang satu makanan yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita.Ia juga dapat mencegah penyakit2 berbahaya.

Kenapa dark chocolate baik untuk kesihatan?
Dark chocolate dibuat daripada tumbuh-tumbuhan di mana ia mengandungi khasiat daripada sayur-sayuran.Khasiat ini adalah dari flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan.

Antioksidan melindungi badan daripada proses penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas, yang boleh menyebabkan kerosakan yang membawa kepada penyakit jantung.
Dark chocolate mengandungi banyak antioksidan (hampir 8 kali bilangan dalam strawberi). Flavonoid juga membantu meredakan tekanan darah melalui pengeluaran nitrik oksida, dan mengimbangkan hormon-hormon dalam badan.



Kebaikan dark chocolate untuk jantung
Dark chocolate memang baik untuk jantung kita.Dengan makan 1 bar kecil dark chocolate sehari dapat membantu menjaga jantung dan sistem kardiovaskular untuk berfungsi dengan baik.Ia juga dapat memberi kebaikan kepada jantung dengan menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan kolestrol.

Kebaikan lain dark chocolate
Dark chocolate juga ada kebaikan lain selain memberi kebaikan kepada jantung kita:
-rasanya sedap
-ia merangsang pengeluaran endorphin yang memberi rasa keseronokan
-ia mengandungi serotonin yang bertindak sebagai penghilang stress
-ia mengandungi teobromina,kafein, dan bahan2 perangsang lain.

Bukan ke coklat mengandungi banyak lemak?
Di sini ada berita baik--beberapa lemak tidak memberi kesan kepada kolesterol kita.Lemak yang terkandung dalam coklat ialah 1/3 asid oleik,1/3 asid stearik dan 1/3 asid palmitic.


-Asid oleik adalah lemak monotaktepu yang sihat yang juga ada dalam minyak zaitun.
-Asid stearik adalah lemak tepu tetapi penyelidikan menunjukkan ia mempunyai kesan neautral terhadap kolesterol.
-Asid palmitic juga lemak tepu yang meningkatkan kolesterol dan risiko sakit jantung


Ini bermakna hanya 1/3 daripada lemak dalam dark chocolate yang buruk untuk kita.


Kesimpulannya,dark chocolate memang baik untuk kesihatan kita berbanding coklat biasa.Jadi anda patut memilih dark chocolate berbanding coklat susu biasa.Walaupun rasa dark chocolate agak pahit sikit,ia sangat berbaloi dengan kebaikan2 yang ia bagi.
Jom makan dark chocolate banyak2...hehe..











@Dijemput untuk share info ni dan jangan lupa bagi kredit..hehe
Sumber:Wikipedia

7 comments:

  1. hahaha nice bro! inilah yang aku cakpkan.. sebab ari tu membe aku de buat presentation pasal dark cocholate. that's why aku aku idea utk entry ko. hehe. btw ko memang terbaik bro! pasni leh la blanje aku dark chocolate. haha!

    ReplyDelete
  2. haha..thanks bro..kau jugak yg bagi idea..haha..
    ni aku dah belanje la ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. wahh.. lepas ni nak makan coklat banyak2 lah, hehe

    ReplyDelete
  4. haha..boleh2...tapi dark chocolate laa..hehe..:D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya coklat! Tak sangka banyak khasiat dia, yang bagi hormon gembira tu saya selalu dengar sebab orang kata kalau stress makan la coklat, haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...