Pages

Saturday, December 17, 2011

LEGOLAND MALAYSIA Akan Dibuka tahun 2012


LEGOLAND MALAYSIA DIBUKA 2012
KUALA LUMPUR – Legoland Malaysia menepati jadual bagi pembukaannya pada 2012 di Iskandar Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, Legoland Malaysia mengumumkan pemasangan kerangka keluli bagi ujian landasan permainan ikonnya iaitu ”roller coaster” yang diberi nama Lego Technic, dan penjualan pas tahunan.
Bagi suatu tempoh yang terhad, Legoland Malaysia menawarkan pas tahunan prapembukaan pada harga RM195 bagi orang dewasa (harga biasa RM275) dan RM150 bagi kanak-kanak (harga biasa RM210). Pas masuk berharga RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak, manakala pemegang MyKad mendapat rebat RM30 di pintu masuk. Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia Pasifik dan yang keenam di dunia.
LEGOLAND Malaysia yang akan dibuka kepada umum pada suku keempat tahun depan disasarkan menerima sehingga sejuta pengunjung pada tahun pertama operasinya. Taman tema seluas 31 hektar itu bakal menawarkan keseronokan secara interaktif bukan saja untuk kanak-kanak berusia di antara dua hingga 12 tahun, malah untuk seluruh keluarga.
Seperti Legoland lain di Jerman, United Kingdom, Denmark dan Amerika Syarikat, Legoland Malaysia dibina berdasarkan keunikan dan ciri-ciri tersendiri Malaysia, khususnya pada kawasan Miniland yang akan menampilkan replika bangunan terkenal Malaysia menggunakan lego termasuk Menara Berkembar Petronas. Menara itu yang akan di bina setinggi sembilan meter adalah binaan berasaskan lego tertinggi di dunia, mengatasi binaan di empat Legoland lain.
Dibangunkan hasil kerjasama dengan Merlin Entertainment iaitu pengusaha taman tema kedua terbesar di dunia selepas Walt Disney, Legoland Malaysia yang memiliki nilai pembangunan kasar RM720 juta diyakini mampu menambah kedatangan pelancong ke Johor khususnya, dan tidak lagi hanya menjadikan negeri itu sebagai persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.
Sumber : Kosmo


Lagi gambar di bawah....







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...