Pages

Friday, March 9, 2012

Apple Perkenal iPad 3



Salam...



SAN FRANCISCO: Syarikat Apple mempamerkan produk terbaru mereka - iPad yang dipertingkatkan dengan kelebihan skrin yang lebih jelas serta pemproses lebih pantas.
Di sebalik khabar angin kononnya ia akan dikenali sebaegai iPad HD atau iPad 3, Apple hanya memperkenalkan produk itu sebagai iPad versi baru.

Ia mempunyai saiz dan bentuk sama dengan versi terdahulu, tetapi dengan paparan paling berkuasa pernah dilihat dalam mana-mana peranti mudah alih pernah dicipta setakat ini.


Dengan memiliki resolusi 3.1 juta piksel, paparan pada iPad baru itu lebih terperinci berbanding televisyen definisi tinggi 40 inci.

Monday, February 6, 2012

Entri Ke-100 | Selamat Tinggal Blog

Salam...


Setelah 2 bulan lebih Blog Roti Butter bertapak dalam dunia blogger ni,kini genaplah jumlah entri blog ni yang ke-100.Pelbagai rasa yang ada di hati.Rasa gembira,rasa teruja dan rasa macam tak percaya pun ada.Saya rasa saya telah berjaya menjadi blogger.Tapi masih belum menjadi blogger yang berjaya.Masih banyak lagi yang harus saya belajar dan pertingkatkan.


Saya pernah ada blog lain sebelum ni tapi nampaknya tak menjadi.Mungkin kerana dulu saya tak serius berblogging macam blog sekarang ni.Betullah orang kata,kalau kita bersungguh-sungguh buat sesuatu itu,insyaallah ia akan membuahkan hasil.Namun ia tidak akan mudah diperoleh tanpa usaha yang gigih.


Sepanjang saya blogging ni,terdapat perubahan dalam diri saya ke arah positif.

  1. Ilmu pengetahuan bertambah.Sejak berblogging,saya lebih cepat mendapat tahu info2 yang terkini di internet terutamanya blog.Kadang2 saya tahu sesuatu berita tu di internet dulu sebelum ia terkeluar di berita dan akhbar.Segala benda yang terjadi dalam dunia ini pun cepat saja diketahui.
  2. Gaya penulisan saya bertambah baik.Jika dahulu penulisan saya macam budak sekolah rendah,kini gaya penulisan saya semakin baik.Dengan rujukan dari blog2 yang hebat,gaya penulisan saya dapat dipertingkatkan.
  3. Lebih ramai kenalan.Kenalan saya semakin banyak selepas sering berinteraksi dengan blogger2 lain iaitu dengan blogwalking dan tinggalkan komen di blog mereka.Kalau di Facebook saya hanya berinteraksi dengan kawan2 yang sebaya,tapi di dunia blogger ni saya dapat berinteraksi dengan sesiapa saja tanpa mengira umur.Kebanyakannya lebih tua daripada saya namun ia bukan penghalang.Yang penting ialah sikap hormat-menghormati.
Selamat Tinggal Blog
Blog ni bukan ditinggalkan untuk selamanya.Hanya seketika.Kenapa?Sebab saya telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Kubu Baru di Selangor.


Lepas ni memang susah nak update blog ni.Di sana jadualnya padat.Di sana juga lebih menekankan akademik.Saya akan cuba update blog ni jika ada masa lapang.Ini bukanlah entri terakhir blog ni.Entri ini hanyalah untuk pemberitahuan yang blog ni akan kurang aktif lepas ini.Untuk mengetahui update terkini blog ni bolehlah LIKE page ni-facebook.com/rotibutter.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan beribu-ribu-ribuan terima kasih kepada pengunjung dan juga followers yang sudi meluangkan masa di blog ni.Korang memang best!


Gitar Boleh Lipat yang Cool

Salam...


Bagi pencinta alat muzik terutamanya gitar,agak susah untuk mereka membawa gitar kemana-mana.Dengan bentuk gitar yang panjang ia menyukarkan mereka untuk bergerak bebas.Dengan adanya gitar yang boleh dilipat hasil rekaan Shlomi Daniel dan Uri Nir ni,kini alat muzik kegilaan ramai ini dapat dibawa kemana-mana dengan mudah.Dengan rekacipta yang genius ni,cinta anda terhadap muzik tidak akan terbatas.


Festival Buah Oren Di Netherland

Salam...


Di Netherland,festival oren disambut pada 30 April setiap tahun.Jalan di bandar Amsterdam akan berubah menjadi lautan buah oren apabila festival ini diadakan.Anda boleh melihat pelbagai struktur binaan menarik yang dibina dengan hanya menggunakan buah oren.


Jom kita tengok antara binaan yang menarik di festival oren ni...


fascinating-events

fascinating-events

Sunday, February 5, 2012

Masa Depan yang Kita Fikirkan

Salam...

Apabila sebut 'masa depan', pasti kita akan fikir kecanggihan teknologi yang akan mengambil alih kehidupan kita.Mungkinkah pada masa depan robot akan menggantikan manusia bagi membuat semua kerja yang biasanya dilakukan oleh manusia?Mungkinkah jalan raya takkan sesak lagi kerana semuanya 'memandu di atas udara'?Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai apabila melihat teknologi kini yang semakin meningkat.

Tetapi,dengan keadaan bumi yang semakin sakit ini,bolehkah masa depan yang kita selalu impikan akan menjadi realiti?Ditambah pula dengan pencemaran yang semakin bermaharajalela.Bangunan pencakar langit yang semakin banyak dibina.Pokok yang semakin banyak ditebang.Asap bahaya yang semakin galak dilepaskan.Seperti ingin segera memusnahkan bumi ni.





40 Kolam Renang Tercantik Di Dunia

1. Jordan
Jordan

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H | Biodata Rasulullah S.A.W



Salam...


Hari ini,12 Rabiul Awal 1433 Hijrah iaitu tarikh di mana Maulidur Rasul disambut.Maulidur Rasul ialah satu sambutan sempena hari kelahiran Rasulullah S.A.W.Sempena sambutan ini,marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.


Mari kenali insan teragung di atas muka bumi ini dengan membaca biodata dan juga serba sedikit sejarah hidup baginda.Semoga cinta kita terhadap baginda akan bertambah lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...