Salam...
Tahun 2011 baru saja tinggalkan kita.Semestinya setiap kali tahun baru ada sambutan yang akan disambut pada hari terakhir dalam setiap tahun.Dengan sambutan itu kita akan rasa lebih bersemangat untuk lalui tahun baru yang lebih banyak cabaran hidup.
Jika di Malaysia, sambutan tahun baru biasanya akan disambut dengan countdown dan seterusnya dengan pertunjukkan bunga api yang cantik.Di negara2 luar,terdapat pelbagai acara dan adat yang dilakukan setiap kali sambutan tahun baru.Sambutan mereka agak aneh dan asing bagi kita di Malaysia terutamanya yang beragama islam.
Jom kita lihat beberapa acara pelik yang menjadi tradisi setiap tahun baru:
Denmark-Memecahkan pinggan mangkuk di pintu rumah jiran dan melompat menjelang detik 12 malam
Memang nampak pelik dan aneh tetapi perbuatan ini tidak mendatangkan kemarahan kepada si jiran. Sebaliknya, orang yang paling banyak menerima ‘lemparan’ pinggan mangkuk itu dikira paling bertuah kerana ini membuktikan mereka mempunyai ramai teman setia.
Selain daripada membuat ‘lemparan’ pinggan mangkuk, masyarakat Denmark juga menyambut tahun baru dengan melompat dari kerusi menjelang tengah malam. Melompat dikatakan mengusir nasib buruk dan membawa tuah ke tahun baru.
Sepanyol-makan 12 biji anggur
Amalan memakan 12 biji anggur pada malam tahun baru adalah amalan tradisi yang diamalkan sejak beratus tahun dan dikatakan sebagai lambang 12 bulan yang bakal dilalui.Amalan itu dikatakan memberi nasib yang baik sepanjang tahun baru.
Ireland-Daun dedadu beri putih dipanggil mistletoe diletakkan di bawah bantal
Wanita bujang di Ireland memang menantikan detik 12 malam pada malam ambang tahun baru kerana percaya malam itu dapat memberikan cinta atau jodoh dalam kehidupan mereka. Menjadi tradisi, si bujang akan meletakkan daun dedalu atau mistletoe di bawah bantal dengan harapan bertemu bakal suami atau isteri.Tradisi itu juga dipercayai membantu wanita Ireland membuang nasib buruk selain membawa kejayaan dalam hidup.
Scotland-Gelung bola api
Satu sambutan tradisi yang agak berbahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran dan kecederaan atau melecur kepada mereka yang mengendalikan gelung bola api.
Dikenali sebagai festival ‘Hogmanay’, acara ini dilakukan pada malam 31 Ðisember setiap tahun. Ðalam festival itu, kaum lelaki Scotland menunjukkan bakat masing-masing mengendalikan gelung bola api.
Lazimnya, setiap tahun kaum lelaki akan keluar berarak sambil memusing gelung bebola api. Sesetengah daripada mereka menjunjung gelung bola api yang diletakkan di atas dulang kayu. Menurut penduduk tempatan, selung bebola api itu sebagai simbolik matahari yang memberikan sinaran yang baik untuk tahun-tahun mendatang.
Eropah-Langkah pertama
Mereka yang berambut perang tidak pernah membawa tuah ke rumah. Tetamu pertama yang masuk perlu membawa hadiah seperti duit syiling yang melambangkan kemakmuran atau garam (perencah hidup) atau roti (makanan). Biasanya tetamu pertama dibenarkan tidur di rumah yang dikunjungi.
Brazil,Mexico,Bolivia dan Itali-Memakai seluar dalam berwarna warni
Brazil,Mexico,Bolivia dan Itali-Memakai seluar dalam berwarna warni
Mereka percaya memakai seluar dalam berwarna terang selepas tengah malam hari tahun baru akan memberi masa depan yang cerah untuk tahun depan. Tradisi itu juga kononnya memudahkan mereka mendapatkan jodoh.
Seluar dalam warna merah dikatakan lambang untuk si pemakainya mendapatkan cinta sejati, manakala kuning simbol kekayaan dan mendapat wang yang banyak.
Mexico-bercakap dengan roh
Malam sebelum tahun baru dianggap masa terbaik untuk berkomunikasi dengan roh si mati bagi menyampaikan mesej atau meminta bimbingan. Lazimnya, upacara memuja roh ini tidak dilakukan di rumah secara individu. Selain itu, amalan ini juga diiktiraf di sisi undang-undang. Misalnya, pihak berkuasa tempatan, Taos Inn, New Mexico menawarkan 15 minit sesi kerohanian dan meditasi dengan bayaran RM47.81 (AS$15). Mexico juga meraikan ‘Hari Mati’ setiap tahun pada 2 November.
Rusia-Sambutan di dasar tasik
Lazimnya, ahli penyelam yang memakai peralatan seberat 100 kilogram akan menebuk lubang ais dalam tasik yang beku. Penyelam kemudian menyelam dengan membawa pokok untuk ditanam di dasar tasik. Paling berbahaya, kumpulan penyelam itu akan membuat upacara seperti menari sambil mengelilingi sekeliling pokok yang ditanam.
Chile-Sambutan di tanah perkuburan
Kawasan perkuburan itu dibuka pada jam 11 malam dan keluarga si mati akan membawa lilin dan lampu suluh dengan iringan muzik klasik menjadikan kawasan berkenaan terang benderang seperti sebuah parti.
Masyarakat di bandar kecil ini percaya, denga mengadakan majlis sambutan ulang tahun di kawasan perkuburan sebagai cara untuk meraikannya bersama ahli keluarga yang sudah mati. Sambutan itu dimulakan sejak 1995 dan kini lebih 5,000 keluarga meraikan sambutan berkenaan setiap tahun.
Ecuador-membakar orang-orang
Ecuador memiliki adat yang unik ketika menyambut tahun baru iaitu pembakaran orang-orang.Orang-orang seperti pengemis atau orang gelendangan dengan lengan baju buruk dan koyak rabak itu akan dibakar pada malam ambang tahun baru.
Lazimnya,orang-orang itu dibuat daripada jerami,rumput kering,kain yang diisi dengan surat khabar dan kepingan kayu.Mereka percaya tradisi itu dapat memusnahkan semua perkara buruk yang berlaku dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Orang-orang berpakaian buruk itu juga kononnya dapat menakutkan nasib malang dan pembakaran itu memenuhi tahun baru mereka dengan nasib yang lebih baik dan kebahagiaan.
Filipina-Memakai pakaian bercorak bintik2 atau 'polka dot'
Masyarakat Filipina percaya bahawa pemakaian baju polka dot akan membawa kemakmuran. Polka dot dikaitkan dengan titik bulat menyerupai duit syiling atau simbol kekayaan.
Memang acara dan adat mereka ni pelik dan aneh belaka.Kita sabagai orang islam tak patut percaya kepercayaan2 mereka yang karut ini.Anggaplah ini sebagai info yang berguna.
Sumber:Berita Harian
rugi x pergi negara latin macam mexico..ha3..
ReplyDeletehit me back k.. :)
_________
Bloger..sebagai persedian buat Googel+Page & Google+Profile Sekarang Juga.
Sistem Blog Sedikit Berubah.
No more Follower!!!
http://theskycrawlers.blogspot.com/2012/01/google-end-google-friend-connect.html
haha,,ok2..tgh blaja nak buat google+ ni...tgk kt blog tu..hehe..
ReplyDelete