Pages

Monday, January 30, 2012

Awan Nano | M.Nasir Berterima Kasih Kepada Johan

M. Nasir berterima kasih kepada Johan


Salam...


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.

Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.
Sebelum ini, Johan dan Zizan Razak telah menggunakan lagu "Awan Nano" ketika persembahannya dalam "Maharaja Lawak" pada minggu ke-11 yang berjaya membuat penonton terhibur dengan jenaka mereka.

Selepas itu Johan yang muncul dalam rancangan "Elly & Epit" terbitan Astro Ceria, sekali lagi telah menggunakan tajuk lagu tersebut iaitu "Jom Belajar Lagu Awan Nano Bersama Johan Raja Lawak".

Lagu ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan AJL26 ini membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000. Manakala Hafiz pula memenangi Vokal Terbaik untuk lagu yang sama dan diberikan hadiah trofi serta wang tunai RM10,000.






5 comments:

  1. tapi awan nano menang AJL bukan sbb populariti..tp kualiti...

    ReplyDelete
  2. tak tgk sampai hbs pun ms hafiz myanyi..tp lgu dia mmg best

    ReplyDelete
  3. betul!!!! awan nano memang best..
    Tau ajer ler si Nasir tu... kalalu dia cakap awan nano best kat ariak..so buat joke sikit..hehehe

    ReplyDelete
  4. Thanks and that i have a swell supply: What Renos Add Value zombie house renovation

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...