Salam...
Di Los Angeles,salah seorang bayi paling kecil di dunia dibenarkan keluar dari hospital setelah menghabiskan hampir lima bulan di dalam inkubator.Dia dikatakan mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.
Melinda Star Guido dilahirkan pada 30 Ogos lalu dengan berat yang kurang daripada 1 tin air soda iaitu hanya 269 gram.Bayi ini terlalu kecil sehinggakan badannya muat pada tangan doktor.Melinda ialah bayi ketiga paling kecil yang selamat dilahirkan.
Kini beratnya lebih kurang 0.4 kilogram dan masih bernafas menggunakan tiub oksigen.Imbasan otaknya adalah normal dan matanya juga berkembang dengan baik.Semoga Melinda dapat membesar dengan baik.
Fakta
Kira-kira 7,500 bayi dilahirkan setiap tahun di Amerika dengan berat kurang 0.45 kilogram dan kira-kira 10 peratus terselamat.
Sumber:www.bharian.com.my
keciknyaaaa...boleh jadi retis besar nanti ni..haha:D
ReplyDeletehaha bole kee?? haha :D
Delete269 gram? keciknye...takot nak pegang..hehe
ReplyDeletetu laa...ringan gile kott...huhu..
Deletecomellahh :D
ReplyDeletehehe yup2...dah la kecik..comel plak tuu..haha..
DeleteWahh untung betul baby tu dapat layanan macam selebriti ^^
ReplyDeletecomel ny die :)
ReplyDeleteSatu petanda akhir zaman...
ReplyDeletemanusia semakin mengecil - usia semakin singkat. Percayalah!