Pages

Wednesday, January 11, 2012

CES 2012 | Inovasi Baru Tahun 2012

Salam...


Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2012 kembali ke Las Vegas tahun ini dengan sejumlah 2,700 syarikat mempamerkan produk kepada 140,000 peserta dari 140 negara.

Walaupun pameran empat hari ini bermula secara rasmi semalam, pihak media diberi peluang untuk melihat beberapa produk baru daripada beberapa syarikat yang mengambil bahagian pada acara “CES Unveiled” yang diadakan dua hari sebelumnya.


Berikut adalah antara produk menarik daripada acara tersebut:




Boost Case Hybrid 
Boost Case Hybrid terdiri daripada dua bahagian, iaitu satu sarung untuk
iPhone 4 atau iPhone 4S dan satu bateri tambahan yang boleh disambung pada sarung itu.

Reka bentuk ini membolehkan pengguna menggunakan bateri ini apabila kuasa tambahan diperlukan. Pakej Boost Case Hybrid satu sarung dan satu bateri tambahan dijual pada harga anggaran(RM252) dan boleh juga dibeli berasing dengan harga masing-masing RM107 dan RM189. 

Smart Grip R 

Herbert Richter GmbH dari Jerman menampilkan pemegang telefon bimbit universal yang secantik reka bentuk dalaman kereta. 

Smart Grip R boleh dilekatkan pada cermin depan kereta dan hanya perlukan sebelah tangan untuk meletak atau mengeluarkan telefon bimbit. Dijual dengan harga AS$49 (RM154). 


3M Projected Capacitive Technology 

Teknologi ‘Projected Capacitive’ oleh 3M memang sudah digunakan untuk monitor bersaiz 21 inci hingga 27 inci tetapi syarikat ini ingin menunjukkan bahawa ia boleh digunakan untuk paparan yang lebih besar. 

Oleh itu, 3M membawa meja prototaip berbilang-sentuh yang menggunakan teknologi ini dengan paparan 46 inci untuk membuktikannya. Meja ini dibahagikan kepada empat bahagian dan telah diprogram untuk digunakan sehingga 60 jari

Lenovo X1 hybrid 

Lenovo X1 Hybrid, memanjangkan jangka hayat bateri kepada 10 jam (tanpa bateri tambahan) dan 20 jam dengan bateri tambahan dengan penggunaan satu ciri yang dinamakan Instant Media Mode. 

Ciri ini menggunakan prosesor dan sistem operasi berasingan dan hanya boleh digunakan untuk e-mel, mendengar muzik, menonton video atau melayari web. 

Jangkaan harga RM5,040 dan boleh didapati seluruh dunia mulai suku kedua tahun ini. 


Lenovo IdeaTV 

Lenovo IdeaTV adalah TV pintar generasi pertama dikeluarkan oleh syarikat ini bersaiz 55 inci menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich. Dengan teknologi IPS (in-plane switching), pengguna boleh melihat paparan daripada mana-mana sudut tanpa kehilangan warna atau kegelapan. 

Seperti televisyen biasa, ia juga mempunyai sambungan untuk USB, HDMI dan Internet. Lenovo akan memasarkan IdeaTV di China pada April. 


foxLO 

Soundmatters yang memiliki produk pembesar suara berkualiti tinggi diasaskan bekas jurutera NASA, Dr Godehard Guenther, mengumumkan model foxLO iaitu subwoofer berkuasa tinggi. Dipatenkan menerusi Linear Magnetic Drive. 

Teknologi audio yang mempunyai sistem kekuatan 25watt memberikan bunyi ‘bass’ yang menarik pada saiz rekaan kompak berbanding subwoofer biasa di pasaran dengan sokongan Bluetooth serta sokongan lain.


Roku 

Peranti stream media berbentuk pemacu flash standard, Roku turut diperkenalkan pada CES kali ini dengan tetapan sambungan WiFi, pemprosesan, memori dan perisian bagi disesuaikan bersama TV pintar anda. 

Ia dibangunkan bagi membolehkannya dihubungkan bersama TV pengguna yang tidak dilengkapi kemudahan pintar dalaman.


GreenZero Bracketron 

Bracketron, nama yang kurang popular tapi mempunyai produk aksesori berkualiti tinggi menghasilkan pengecas peranti bergaya dan mesra alam dijana kuasa bateri dengan kemudahan teknologi eksklusif, GreenZero untuk menghapuskan tenaga akibat cas berlebihan. 

Pengecas GreenZero Bracketron terbabit mengesan apabila peranti seperti iPhone sebaik dicas dan menutup akses kepada pengecas secara automatik menutup yang memelihara kualiti bateri pada masa sama.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...